View: 2941|Reply: 8
|
Dilema Berpisah, Jangan Ada Benci!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Pasang surut dalam perhubungan, kadang kala tidak dapat ditahan, akhirnya berpisah jua. Namun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk membenci bekas kekasih anda itu.
Jom lihat bagaimana menjaga air yang tenang daripada menjadi keruh, walaupun kalian telah pun membawa haluan masing-masing:
1. Meskipun dia yang bersalah, dia yang berlaku curang dan tidak adil, bukan hak anda untuk memberitahu satu dunia kesalahannya. Biarlah apa yang terjadi antara anda itu menjadi simpanan memori kalian berdua sahaja.
2. Jangan sesekali menyimpan dendam dan amarah buat bekas kekasih, suami atau isteri. Mengapa? Dendam mampu memusnahkan diri anda. Ia juga menjadikan anda berasa sakit hati, akhirnya membenci tanpa sebab yang kukuh. Paling teruk, semua kelemahan si dia anda telah jaja di Facebook, rakan-rakan, malah sekampung!
(Sumber foto: gistville)
3. Jadilah seorang yang berhati bersih, menerima kekurangan insan lain dan tidak sesekali mempertikai segala yang telah berlaku apabila ia tidak terjadi seperti yang diimpikan.
4. Tidak rugi menjadi seorang teman yang baik. Ia jauh lebih bagus daripada membenci dan memulaukannya. Dunia ini tidaklah sebesar mana. Suatu hari nanti, siapa tahu jika anda ditakdirkan berada di tempat kerja yang sama atau aliran perniagaan yang sama. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
well...time will tell lah kot, tak payah pikiaq apa apa dah bila tiba suatu ketika, dan tang nak pulaukan tu ke tak fikirlah kalau ia memudaratkan diri you dari aspek emosi kalau berhubung dengannya waima secoret barisan aksara dalam email , tak payah lah re -start, re-established etc etc apa apa. Tapi kalau rasa , hidup ni too short and you are know gonna bring this to the grave then , maafkanlah semua and forgets and just learnt from the experience.
just be yourself dan layan sekadar ada appropriate jelah.
penting sekali , u know deep down in your heart he is / she is forgiven.
tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow...good one... @mbhcfs |
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan ... Hati kita akan lebih tenang. I feel good by forgiving.... Thats y dlm my fb smua ex bf ade je...kawan smpai skrg... I mean takde nak dlete2 friend pon... Lgpon bukan berskandal pon ngan diorg lepas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah try maafkan tapi tak bole .... huhuhu
tau tak hampir setiap ari aku doakan ex aku benda2 yg xelok. tapi kkdg tu aku insaf kejap n terima takdir seadanya but most of the time i still cant forget n forgive him ...
he deserve karma in his whole life. always pray him 4 tht.
status i kt wasep..... jahat tak... hahahahahahah
kbai |
|
|
|
|
|
|
|
Memaafkan tp tak melupakan dan tak menghalalkn |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa lebih healthy untuk memaafkan dan move on.An ex is an ex for a reason. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 susah nk maafkan..smpai masa kita akan pk sampai bila nak idup dlm in denial. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|