View: 2984|Reply: 13
|
Tarikan Pekan Kecil - jom share...
[Copy link]
|
|
Malaysia ni seperti tempat lain ada banyak penempatan2 atau pekan2 kecil yang tak kurang menarik sepanjang jalan menuju ke bandar..
Saya sendiri suka buat roadtrip melalui pekan2 kecil ini.. contohnya KL-Putrajaya-Salak Tinggi-Sepang-Bukit Pelanduk-Larut-Port Dickson-Pengkalan Balak-Tanjung Bidara-Sg. Udang-Klebang-Melaka town.. coconut shake klebang mmg wajib borong bawa balik KL..
Siap beli polystyrene box then beli ais di 7Eleven isi banyak2.. 6 jam jgk tahan sampai KL..
Ataupun Labu-Bukit Putus-Batu Kikir.. boleh beli authentic Negeri Sembilan dishes mcm daging salai itik salai sepanjang jalan..
Kalau ke utara suka lalu Tapah-Gopeng-Kampar-Sg. Siput-Kuala Kangsar-Taiping-Kuala Sepetang-Gunung Semanggol.. cantik2 view sepanjang jalan dgn backdrop padi dan bukit bukau..
Adakalanya terasa nak pergi semalam dua di small towns mcm Kampar, Gopeng or Kuala Lipis.. yg dekat2 dgn KL, laid back and yet not dead.. boleh pakat2 suggest mana2 tempat yg anda tau atau kampung halaman sendiri..
Kalau yg blh sampai dgn train or bus lagi bagus tak penat drive.. tempat yang boleh spend semalam dua, ada tempat makan tempatan signature dish, pasar malam ke, aktiviti riadah atau taman2 awam yg cantik.. kalau ada craft centre lagi bagus...
Juga small hotels or motels yg bersih dan selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
This is the ETS train schedule... lalu small towns like Kampar, Taiping Tanjung Malim... would like to explore tapi tak sure what to expect... Parit Buntar ke atas is quite far away... I'm looking for a place closer to KL..
Schedule: KL Sentral – Padang Besar
Station – Departure
KL Sentral – 9.30am
Tanjung Malim – 10.32am
Tapah Road – 11.08am
Kampar – 11.17am
Ipoh – 11.39am
Kuala Kangsar – 12.05pm
Taiping – 12.24pm
Parit Buntar – 12.51pm
Bukit Mertajam – 1.05pm
Butterworth – 1.28pm
Bukit Mertajam – 1.38pm
Sungai Petani – 1.57pm
Alor Setar – 2.24pm
Arau – 2.42pm
Padang Besar – 3pm
Schedule: Padang Besar – KL Sentral
Station – Departure
Padang Besar – 4pm
Arau – 4.15pm
Alor Setar – 4.31pm
Sungai Petani – 4.56pm
Bukit Mertajam – 5.15pm
Butterworth – 5.38pm
Bukit Mertajam – 5.47pm
Parit Buntar – 6pm
Taiping – 6.25pm
Kuala Kangsar – 6.40pm
Ipoh – 7.07pm
Kampar – 7.26pm
Tapah Road – 7.36pm
Tanjung Malim – 8.10pm
KL Sentral – 9.15pm |
|
|
|
|
|
|
|
pekan belah perlis dan kedah mmg best juga buat road trip. permandangan cantik ada tasik ada sawah, bangunan antik, makanan murah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini satu contoh pekan kecil yang ada review... Gopeng..
credit to : http://nota-kembara.blogspot.my/ ... -apa-di-gopeng.html
-----------------------------------------------------------------------------------
“Nak Buat Apa Di Gopeng?”
Kali ini saya tidak menulis tentang kembara saya. Macam mana ok tak?
Sebenarnya saya menerima tulisan kembara dari pembaca kita dari Gopeng iaitu Shalihin Alias. Shalihin mengajak kita ke Gopeng. Ada apa di Gopeng? Jom kita tanya orang Gopeng sendiri.
-------------------------------------------
“Nak Buat Apa Di Gopeng?”
Oleh: SHALIHIN ALIAS
[email protected]
Setiap insan sudah pasti ada tempat tinggalnya masing-masing. Kebiasaanya, tempat tinggal seseorang itu ditentukan dengan tempat asal ibu bapa mereka sebelum mereka berkahwin. Apabila sudah tinggal di sesuatu kawasan itu dengan tempoh masa yang lama, sudah pasti seseorang itu biasa dengan keadaan sekeliling. Malahan, boleh menceritakan tempat-tempat yang menarik di sekitarnya. Disebabkan itu, saya ingin membawa anda semua mengembara ke Gopeng, Perak untuk mendedahkan tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.
Perlombongan bijih timah
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin memulakan pengembaraan dengan sejarah Gopeng. Gopeng ialah sebuah bandar perlombongan bijih timah di negeri Perak pada abad ke-19. Malah, ia telah dianggap sebagai bandar perlombongan bijih timah yang paling penting dalam Lembah Kinta sehingga kira-kira tahun 1890. Bandar ini bermula sebagai sebuah penempatan kecil oleh pendatang Cina berhampiran Kota Bharu di sekitar kubur Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Raja Ahmad, yang sebelum ini ketua pentadbir Mukim Teja.
Dari tahun ke tahun aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan bandar ini telah beralih dari kedudukan asalnya kepada masa kini, kira-kira 20 kilometer ke selatan Ipoh, dalam daerah yang baru diwujudkan iaitu Kampar. Seawal yang dapat dikesan nama Gopeng dicatatkan dalam peta Negeri-negeri Selat iaitu pada tahun 1875 tetapi dieja Gopin. Peta ini disiapkan setahun selepas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.
Menurut seorang penulis, AB Tucker dalam majalah ‘Imperial Commerce” menyebut bahawa di selatan Tapah ada seorang Cina bertopeng mukanya kerana dihinggap penyakit puru. Si Bopeng ini memiliki lombong bijih timah di daerah Batang Padang. Pada suatu hari Si Bopeng ini berlawan sabung ayam. Dalam perlawanan ini, Si Bopeng mempertaruhkan lombongnya dan dia menang dan menerima kawasan perlombongan yang dikuasai raja tersebut. Akibat kekalahan itu raja tersebut terpaksa berpindah kira-kira 25 batu ke utara Tapah dengan membuka kawasan perlombongan baru dan menamakan Gopeng sempena Si Bopeng.
Muzium Gopeng dan replika penimbang bijih timah
Muzium Gopeng
Pertama, jom saya bawa ke Muzium Gopeng yang terletak di Jalan Eu Kong. Muzium ini ditubuhkan bagi mengingati pengasas dewan perubatan Eu Yan Sang. Jalan Eu Kong ini sebenarnya telah wujud lebih daripada 100 tahun. Pada zaman dahulu, jalan ini sesak dengan orang ramai, kereta lembu, kereta kuda, basikal roda tiga dan kumpulan gajah untuk pengangkutan.
Muzium Gopeng ditubuhkan pada bulan April 2009 dan dimiliki oleh penduduk tempatan. Semenjak penubuhan muzium ini, lebih daripada 9000 ribu orang telah mengunjunginya termasuklah saya. Apabila anda melangkah masuk ke dalam muzium, anda akan melihat dua skrol besar di kedua-dua belah pintu masuk. Peribahasa yang dinyatakan di dalam dua skrol menggambarkan motif muzium.
Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama muzium ini menekankan pada ilustrasi dan peristiwa-peristiwa sejarah Gopeng. Ia mencatatkan tentang perkara yang berlaku di Gopeng semasa abad ke-19 dan ke-20. Ia juga mencatatkan tiga kaum yang terdapat di Gopeng hidup dalam harmoni menjangkau 150 tahun. Hal ini membuktikan bahawa Gopeng telah menjadi daerah yang sangat terkenal, terutamanya Lembah Kinta antara yang terbanyak menghasilkan bijih timah di dunia. Pada masa itu, lombong bijih timah yang terkenal telah dimiliki oleh "Osborne & Chappel". Di samping itu, lombong bijih timah cina dimulakan oleh Encik Eu Kong dan anaknya, Encik Eu Tong Sen, yang bertahan sehingga abad ke-20.
Bahagian kedua pula, lebih tertumpu kepada koleksi barangan antik. Muzium ini telah mempamerkan lebih daripada 800 keping barang-barang antik dan dikelaskan kepada 32 kategori. Walaupun barangan antik ini tidak begitu menarik tetapi nilai sentimental yang berharga menyebabkan kita harus menghargainya. Oleh itu, ia harus dipelihara untuk tatapan dan pengetahuan generasi masa hadapan.
Menurut Phang See Kong, Setiausaha dan Kurator Muzium Gopeng, “Bangunan ini berusia lebih daripada 127 tahun. Ia dipunyai oleh nenek moyang presiden muzium ini, Bernard Yaw yang sangat baik dan bermurah hati untuk membolehkan bangunan ini dijadikan muzium. Saya juga berusaha untuk mengumpul semua gambar-gambar, ilustrasi, sejarah dan barangan antik untuk dipamerkan di sini”.
Penulis bersama Phang See Kong
“Heritage House”
Kedua, saya bawa anda ke “Heritage House” yang dipunyai oleh Bendahari Muzium Gopeng, Wong Kuan Cheong antara penyumbang utama barangan antik di sini. Dia mencari tempat untuk memaparkan barangan antik yang lain seperti perabot kerana tidak cukup di Muzium Gopeng.
Jadi, “Heritage House” ditubuhkan bagi menempatkan kayu keras lama dan papan dari rumah perkampungan yang dirobohkan untuk digunakan semula sebagai pemulihan papan lantai, tangga, tingkap dan pintu. Panel kayu yang disertakan dengan ukiran rumit menggambarkan kekayaan dan kemakmuran terdapat di dinding hadapan bangunan itu. Begitu juga dengan pintu gelongsor bar kayu menjadi bukti kepada kekayaan pemilik pada masa dahulu.
Heritage House dan barangan antik yang dipamerkan
Aktiviti luar
Seterusnya, sekiranya anda berminat dengan aktiviti luar Gua Tempurung boleh dijadikan pilihan untuk anda lawati. Usia Gua Tempurung telah menjangkau 400 juta tahun. Di sini, anda boleh melihat pembentukan stalagmit, stalaktit dan anak sungai bawah tanah. Kedalaman gua ini dianggarkan 1.9 kilometer manakala titik tertinggi gua adalah 120 meter dari tanah. Terdapat dua pintu masuk ke kawasan gua sama ada dari Gopeng atau perkampungan Gunung Mesah.
Seterusnya, “Nomad Adventure” juga sebuah syarikat yang menawarkan aktiviti lasak pertama di Gopeng. Aktiviti sukan berakit mengharungi jeram di sepanjang Sungai Kampar menjadi tarikan utama pelawat. Ia terletak berhampiran Gua Tempurung dan menawarkan aktiviti pengembaraan berakit termasuklah “rock climbing”, “abseiling” dan meneroka gua.
Harga pakej yang ditawarakan untuk sekali masuk adalah berpatutan
Anda juga boleh memilih “My Gopeng Resort” yang menggalakkan eko-pelancongan dan pengembaraan. Pelawat boleh berehat sambil menikmati pemandangan yang hijau dari ketenangan alam semula jadi. Aktiviti-aktiviti seperti meneroka gua, merentas hutan, melihat bunga Rafflesia dan sebagainya menjadikan satu pengalaman yang cukup bermakna.
Inilah suasana yang terdapat di "My Gopeng Resort". Saujana mata memandang
Akhir sekali, saya berharap perkongsian maklumat mengenai tempat-tempat menarik yang pernah saya lawati mendapat reaksi yang positif dari anda. Hal ini kerana anda semua harus datang ke Gopeng untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman yang tidak mungkin anda dapat seperti di tempat-tempat lain. Bak kata pepatah, belum cuba, belum tahu.
Diposkan oleh Naramas Aman pada 11:43 PG |
|
|
|
|
|
|
|
boleh suggest specific location dan tarikan masing2??
sebab saya nak satu short getaway yang tak perlu rush sana sini nak melawat tempat... hanya nak spend sehari dua, jalan2 santai, enjoy makanan tempatan, photography sikit, belajar sejarah dan budaya tempatan sikit then balik....
cara ini lebih relax.. biasanya kalau cuti bergegas2 ke sana sini bila balik KL otak masih berserabut.. sebenarnya tak rasa macam cuti pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
minta bantuan pakcik google dan peta dan gambar di internet utk lihat kawasan target
contoh target negeri sembilan
listkan semua pekan2 n. sembilan
listkan semua actraction di n. sembilan spt gunung2/tempat makan2/sawah2/ kg2/muzium/waterfall/sungai/road/kawasan puaka/pasar2 mlm/resort
bila sudah ada list, rancang jadual perjalanan cari tempat menginap yg boleh pergi banyak tempat
boleh juga merayau2 di kg2 dan pekan2 negeri sembilan dan dalam tempoh 1-2-3 bulan hang sudah jalan jalan di seluruh pelusuk negeri sembilan itu
lepas abis negeri sembilan pergi jalan2 negeri lain pulak
penginapan kalau boleh cari yg free je menginap rumah kawan2
|
|
|
|
|
|
|
|
gopeng ni aku dah pergi. boleh pergi juga ke kellies castle dan gaharu plantation. aku suka pekan kecik. semua dekat2 dan boleh carik barang yang biasanya takda jual kat bandar besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena banyakan gambar .... baru menarik dan tertarik |
|
|
|
|
|
|
|
Sy baru nk start road trip thn ni. Area sabah la. Sabah luas. Nak pegi bandar ke 1 bandar leh smpi 8-12 jam driving. Azam thn ni nk round 1 sabah by driving. Cuti2 Malaysia pn best apa.. xpyh naik flight.. juz drive je. Mana2 area rasa nk berhenti, bhenti. siapa2 yg bmastautin di sbh.. leh la share pglmn road trip sini.. tt, tumpang thread awk kbye! |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya buat road trip. haritu pergi lumut lalu kuala selangor, sepanjang jalan banyak gerai gerai yg jual makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup... sometimes you find unusual things in small towns kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
I will make time to look for pics of other places... sebab saya pun tak pernah sampai semua tempat yang terasing tapi menarik ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Sabah ni mesti menarik.. landscape cantik... share la nanti gambar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup... along that road banyak jual makanan kan.. juga buah2 dari kebun2 tepi jalan tu.. bantal kekabu pun banyak...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|