Mazda RX-VISION – Model Konsep Didedahkan Di Tokyo Motor Show Dilengkapi Enjin Rotari SKYACTIV-RMazda telah mendedahkan model yang dinanti-nantikan peminat automotif seluruh dunia, RX-VISION di Pameran Motor Tokyo. Model konsep ini dijelaskan sebagai “visi masa hadapan yang diharapkan Mazda akan jadi kenyataan satu hari nanti,” – merupakan model sport pacuan roda belakang yang memiliki rekaan KODO.
Dari gambar, kita dapat lihat bahagian hadapannya begitu agresif dengan gril yang menonjol disamping front slip yang turut dipasangkan menambahkan aura sporty model ini. Model ini turut memiliki hood yang mempunyai corong pengudaraan, rim aloi yang agak besar, disampingdiffuser pada bahagian belakang serta sistem ekzos berkembar. Bahagian dalamannya pula lebih terarah kepada konsep yang ringkas, dengan dashboard dibaluti kulit, stereng dengan tiga jejari dengan meter instrumen klaster dengan rekaan tiga bulatan.
Apa yang paling penting, yang mahu didengari peminat kereta, model ini akan dikuasakan oleh enjin rotari baharu yang dikenali sebagai SKYACTIV-R. Masih tiada info tentang spesifikasi, namun Mazda dalam kenyataanya berkata, mereka “tidak pernah berhenti dalam usaha penyelidikan dan pembangunan enjin rotari” dan dengan SKYACTIV-R menekankan bahawa keazaman syarikat untuk menyahut cabaran dalam menghasilkan teknologi terkini. Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masamichi Kogai berkata, “Saya berharap dapat bercakap dengan anda semua tentang visi yang telah kami dedahkan di sini pada hari ini.” Beliau turut menambah, “Mazda akan terus menyahut cabaran dalam usaha membina satu ikatan istimewa diantara pelanggan-pelanggan kami dan menjadi “satu-satunya” jenama mereka.
arenakereta
|