View: 3251|Reply: 10
|
Sapa tau pasal Tourette Syndrome
[Copy link]
|
|
CIRI-CIRI
Diognostik ciri-ciri Sindrome Tourette daripada American Psychiatric Association: Diagnostik and Statistical Manual of Mental Disorders 4th Edition DSM-IV-TR :
1) Pergerakan tic motor yang cepat, berulang-ulang, secara tidak sengaja, berlaku dengan sendirinya disebabkan ketegangan sekumpulan otot.
2) Penyakit ini bermula sebelum usia 18 tahun. Kebiasaannya pada umur antara 6-7 tahun.
3) Pelbagai vokal tics ( merungut, menyalak, mengerang, menjerit di khalayak ramai dengan perkataan atau kata-kata yang tidak sopan).
4) Kebolehan untuk menahan pergerakan dan bunyi-bunyian yang secara sengaja untuk beberapa minit kepada jam.
5) Perubahan dalam pengamatan simptom-simptom ini lebih dari seminggu atau sebulan. Tempoh berlakunya simptom-simptom melebihi satu tahun dengan berlakunya tic selama lebih dari tiga bulan.
6.0 SIMPTOM-SIMPTOM SINDROM TOURETTE
Untuk mengenal pasti sindrom ini, gejala-gejalanya adalah tics. Tics terbahagi kepada dua iaitu tics motor dan tics vokal atau phonic. Pesakit TS kebiasaannya akan mula mempunyai simptom tics sederhana dahulu sebelum berubah kepada tics kompleks. Berdasarkan kajian dilakukan oleh American Academy Psychiatric Assosiation (AFPA), beberapa jenis tics telah dikenalpasti berlaku kepada pesakit TS iaitu:
Pergerakkan yang tidak terkawal pada/ seperti:
Tergeleng-geleng, terhangguk-hangguk
Kerlipan mata (terkelip-kelip)
Membunyikan tekak (sering dan mengganggu org lain)
Memusingkan biji mata
Mendengus (walau tiada selesema dan hingus)
Mengangkat bahu (pergerakkan yg tidak sepatutnya, bukan mengangkat bahu untuk memberi tahu isyarat saya tidak tahu)
Menggerak-gerakkan cuping telinga
Menyentuh-nyentuh sesuatu objek dengan kiraan tertentu
Menjerit atau memekik
Kepala tersentak-sentak
Menghidu dengan kuat
Mulut terbuka
Menyalak
Mengepak tangan
Menghembuskan nafas
Memek muka
Batuk
Menggerakkan hidung
Meludah
Menjilat bibir
Mendecit
Menjulingkan mata
Bersiul
Memusingkan kepala
Bunyi seperti hon
Ketegangan otot
Ketawa
Membengkokkan jari (biasanya jari kaki)
Sedu
Menendang sedikit
sendawa
Menarik baju
Bunyi seperti haiwan
Menyentuh orang lain
Nada & volume suara berubah
Menyentuh benda lain
Gagap
Menghidu jari
Mengulangi perkataan
Menghidu objek
Bercakap sorang diri
Melompat atau meloncat
Meniru bunyi / intonasi
Mencucuk
Berkata lucah
Menumbuk
Palilalia: mengulangi perkataan sendiri atau atau mengulangi bunyi sendiri.
Menendang
Mencium diri
Mencium orang lain
Tangan menggelupur
Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat.
Berpusing sekeliling
Ketegangan sekumpulan otot
Pergerakan menikam
Memutarkan rambut
Echopalia: menyebut perkataan dan bunyi orang lain.
Berjengket
Menggoyangkan kaki
Mencubit
Dalam istilah masyarakat melayu ianya dikenali dengan nama: KENAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-11-2015 09:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kat atas tu adalah serba sedikit mengenai tourette syndrome. I mengalami beberapa simptom spertu di atas terutamanya kerlipan mata yg tidak terkawal, memusingkan bebola mata, mengangkat baru dan jari tanpa terkawal. Takutnya!! Adakah i ada sindron tourette ni?
Penat memang penat sangat terutamanya mata berkelip ni sampaikan pening kepala i dibuatnya ni. Xterkawal asyik terkelip kelip jer smpaikan org sekeliling ramai yg menegur
Ada x sapa2 yg pernah kena cmni and dpt x uolls atasi problem ni? Dgr2 penyakit ni xda ubat. Ada pun ada side effect spt mengantuk, penat dan sbg nya. Plis help me i x tahan dh idup cmni. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada, seingat saya semenjak usia 5 atau 6 tahun. Skrg ni dah merebak jadi tics kompleks. Memang sgt penat dan letih, but theres mothing i can di about it. Boleh sorokkan dari public tapi seksa. Sebab tu lebih suka menyendiri dan selalu terpaksa mengelak dari aktiviti sosial. Hidup pun tak berapa menjadi, mcm tak bermakna, tapi kena teruskan ajer with no choice. |
|
|
|
|
|
|
|
juna12 replied at 10-5-2016 02:42 AM
Saya ada, seingat saya semenjak usia 5 atau 6 tahun. Skrg ni dah merebak jadi tics kompleks. Memang ...
Baru tahu tentang sindrom ni.. Awak punya simptom yg mana? |
|
|
|
|
|
|
|
so, apa ubat untuk tics ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 10-5-2016 07:44 AM
Baru tahu tentang sindrom ni.. Awak punya simptom yg mana?
Tics kompleks. Seluruh anggota tubuh badan boleh bergerak tetapi bukan serentak, ianya berlaku tak tentu masa, kdg2 tangan, kdg2 bahu, atau hidung, atau kaki, atau perut. Terutama bila rasa excited, atau membaca dan menulis, atau perubahan emosi spt sedih, marah atau gembira. Tak ada ubat pun. Cara yg selalu saya guna nak bagi reda ialah berbaring dan tak fikirkan apa2, bila tak buat apa2 ia akan reda sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
juna12 replied at 12-5-2016 03:16 PM
Tics kompleks. Seluruh anggota tubuh badan boleh bergerak tetapi bukan serentak, ianya berlaku tak ...
Owh.. Dia berlaku pada keadaan tertentu eh?.. Btw awk perempuan ke lelaki?
Saya pernah nampak org yg mata xberhenti berkedip, bibir dia tetiba gerak-gerak patutnya normal biasa, tp macam tetiba tersenget-senget. Lepastu bahu dia terangkat angkat.orang yg tak tabu cakap tu habit.
Habis awak pg jumpa doc apa dia buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 12-5-2016 03:30 PM
Owh.. Dia berlaku pada keadaan tertentu eh?.. Btw awk perempuan ke lelaki?
Saya pernah nampak ...
Saya lelaki. Pergerakkan ni tak boleh dikawal, luar kawalan, walaupun tak nak buat, tapi dia berlaku juga dan memang penat. Doc kata takde ubat yg tepat bagi penyakijt ni, ia umpama kecacatan. Dic bagi ubatan SSRI bagi membantu mengurangkan "urge" utk tics ini |
|
|
|
|
|
|
|
juna12 replied at 12-5-2016 03:48 PM
Saya lelaki. Pergerakkan ni tak boleh dikawal, luar kawalan, walaupun tak nak buat, tapi dia berla ...
Owh.. Kesian awk. Jd pernah ke pergi rawatan tradisional ke apa? Sori tak berapa paham, dia m3mang bukan berkaitan otot ke saraf eh? Mcm pak lah dulu mata asik berkelip je kan, lpstu katanya operate dh ok. SuperM tak tahu syndrome sama ke tak gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 12-5-2016 03:53 PM
Owh.. Kesian awk. Jd pernah ke pergi rawatan tradisional ke apa? Sori tak berapa paham, dia m3mang ...
Kalau tradisional diorg kata kenan je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Mokcun replied at 10-5-2016 09:39 AM
so, apa ubat untuk tics ni?
Doc kata takde |
|
|
|
|
|
|
| |
|