Dah bosan asyik menikmati goreng pisang, kuih cakoi dan kopi O sebagai menu minum petang anda? Apa kata jikalau kali ini anda mencuba sesuatu yang lain, mencuba menu minum petang ala barat pula? Di sini, Wanista ingin kongsi 6 lokasi paling seronok untuk sesi high tea sekitar kota raya Kuala Lumpur. Selain daripada untuk acara santai minum petang, anda juga mungkion boleh membuat kejutan buat yang tersayang dengan membawanya hadir ke tempat minum petang yang mewah. Apa salahnya sekali-sekala kan. Hintuntuk para boyfriend dan suami diluar sana! Ke mana kita ni?! #1 The Majestic Hotel Seperti juga namanya yang kedengaran berprestij, Majestic Hotel menawarkan acara sesi minum petang yang sama hebatnya. Hidangan dipersembahkan diatas dulang bertingkat yang mewah dan menawan. Pengunjung boleh memilih untuk manikmati minum petang di tiga lokasi pilihan termasuk Colonial Cafe, The Drawing Room dan yang sering menjadi buah mulut orang ramai adalah The Orkid Conservatory. Bagai sedang menikmati teh dan kuih muih dalam rumah hijau yang dipenuhi orkid mewangi gitu! Foto -farm6.staticflickr.comFoto -www.larkieatlarge.comLokasi: The Majestic Hotel, 5 jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur Waktu Beroperasi: 3.00pm – 6.30pm setiap hari #2 Carcosa Seri Negara Permata yang tersembunyi diatas bukit ini menghadap kearah sebuah taman yang indah lagi nyaman! Jauh dari hingar-bingar kesibukan kota raya, Carcosa telah ditubuhkan sejak tahun 1897 dan dimiliki oleh Sir Frank Swettenham manakala Seri Negara dikenali sebagai rumah raja. Ternyata kedua-dua buah rumah agam berkenaan kini telah disatukan menjadi sebuah hotel dan lokasi penginapan mewah. Bayangkan jika anda menikmati sesi minum petang high tea di situ, pasti layanan yang diberikan juga seolah anda golongan bangsawan dan raja-raja dahulu kala! Foto -www.theweddingnotebook.comFoto -4.bp.blogspot.comLokasi: Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Beroperasi: 3.00pm – 6.00pm setia hari #3 Thirty8 Tidak hanya sekadar menyediakan menu teh biasa, pengunjung yang datang berpeluang untuk menikmati kek pilihan yang terkenal di Thirth8. Asal usul nama Thirty8 itu sendiri diambil berdasarkan lokasi Grand Hyatt yang berada di tingkat 38 KLCC. Oleh itu, jika anda seorang yang gayat, and mungkin mahu berkira-kira untuk membawa teman yang bisa menenangkan diri anda yang fobia kepada ketinggian itu. Foto -3.bp.blogspot.comFoto -theyumlist.blogspot.comLokasi: Grand Hyatt, 12, jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur Waktu Beroperasi: 3.00pm -5.00pm #4 Lounge On The Park LOTP terletak di dalam bangunan Mandarin Oriental bersebelahan dengan KLCC. LOTP menawarkan set hidangan minum petang yang unggul diberi nama “The Royal English Afternoon Tea.” Kuih-muih ala Inggeris yang disajikan adalah termasuk scones, tart buah, kek cheese marbled, kek Dundee, sandwich, macaroon lemon, Madeleine Oren, Raspberry Mile Feuille dan Cambridge Burnt Cream. Semuanya sedap-sedap belaka! Foto -www.lifestyleasia.comLokasi: Mandarin Oriental, Kuala Lumpur City Centre, 5088 Kuala Lumpur Waktu Operasi: 3.00pm – 5.00pm #5 The Lobby Lounge Foto -www.smallnhot.comTerletak dalam hotel mewah Ritz Carlton di bandar Kuala Lumpur, segenap ruang khas untuk minum petang dilengkapi dengan gaya hiasan dalaman era Inggeris klasik yang pasti buat anda kagum. Penggunaan kertas dinding vintage serta perabut kayu yang diguna-pakai akan bisa menerapkan keselesaan buat mereka yang leka menikmati scones dan menghirup teh. Lokasi: Ritz Carlton, 168, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 3.00pm – 5.00pm #6 Newens Tea House Foto -www.lifestyleasia.comResepi rahsia turun-temurun dari era kerabat diraja Henry VIII England dari tahun 1509-1547, setiap ramuan diadun sebati oleh si pembuat pastri permaisuri. Suatu hari Raja King Henry VIII terlihat isterinya, permaisuri Anne Boleyn sedang menikmati sejenis pastri berinti telur bersama tukang pembuat pastri diatas pinggan perak. Beliau yang terkesima mencuba satu, lalu jatuh cinta keatas pastri berkenaan sehingga sanggup menyembunyikan resepi pastri berkenaan didalam peti besi di Istana Richmond. Ha! Jika anda berangan untuk menikmati rasa keenakan pastri berkrim yang digila-gilakan oleh King Henry VIII itu, silalah berkunjung ke Newens Tea House. Aura yang berada sekeliling juga adalah seolah berada di syurga! Anda pasti bergembira! Foto -www.rebeccasaw.comFoto -www.rebeccasaw.comLokasi: Indulge Floor, Satrhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Beroperasi: 10am – 11pm setiap hari Selamat Mengeteh Kawan-Kawan! Sambil minum-minum tu ingat-ingatlah Wanista ya!
wanista
|