CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 0

Mazda Hentikan Penggunaan Beg Udara Takata

[Copy link]
Post time 16-11-2015 09:14 PM | Show all posts |Read mode


Selain daripada Honda yang membuat keputusan untuk tidak menggunakan beg udara Takata untuk model akan datang, Mazda Motor Corporation juga turut mengeluarkan satu kenyataan pada Khamis yang lalu bahawa syarikat tersebut tidak akan menggunakan beg udara yang dikeluarkan oleh Takata Corporation yang mengandungi ammonium nitrat.

Selain itu, pengeluar lain termasuk Mitsubishi dan Subaru juga kini sedang mempertimbangkan semula penggunaan beg udara Takata di atas skandal yang melibatkan kematian 8 orang dan lebih 100 kes kecederaan melibatkan beg udara Takata.

“Kami tidak akan menggunakan beg udara Takata yang mengandungi ammonium nitrat dalam kereta baru kami,” kata Akira Marumoto, Naib Presiden Eksekutif Akira Marumoto memberitahu wartawan.

Mazda, pengeluar Jepun ke-4 terbesar, yang turut menyertai banyak syarikat pengeluar Jepun yang lain termasuk Honda Motor Corporation yang kini menjauhi produk beg udara keluaran Takata yang mengandungi ammonium nitrat.

Pengawal selia AS mengatakan inflator beg udara yang menggunakan bahan kimia tersebut disyaki menyebabkan beg udara terbuka dengan kuasa yang terlalu kuat sehingga menghemburkan serpihan besi ke dalam kabin kereta.


arenakereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045455 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list