Untuk menyempurnakan penampilan hijab, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dengan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan? Padanan yang tepat termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!
Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda; * Jika anda berkulit kuning langsat Anda disarankan memilih hijab berwarna merah, pink dan biru. Warna yang harus dihindari adalah yang berwarna seperti caramel, coklat dan oren.
* Jika anda berkulit putih Sebaiknya pilih warna hijab yang lebih gelap atau terang seperti hitam, biru, ungu dan merah. Elakkan warna-warna seperti beige, pastel atau putih yang boleh membuatkan anda kelihatan pucat dan tidak bermaya.
* Jika anda berkulit gelap Anda disarankan memilih warna-warna lembut supaya kulit anda kelihatan lebih cerah. Cubalah ‘bermain’ dengan warna-warna neutral seperti pastel dan lavender. Anda perlu menghindari pemakaian hijab berwarna coklat, hitam, oren, kuning, hijau tua dan merah bata kerana membuatkan kulit anda nampak lebih gelap.
* Jika anda berkulit sawo matang Anda yang memiliki kulit sawo matang, sebaiknya pilih hijab yang berwarna pastel, biru tua, maroon, ungu serta hitam. Cuba elakkan memakai atau memilih hijab berwarna merah, kuning, hijau dan coklat gelap.
http://www.wom.my
|