CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 0

7 Punca Anda Kerap Sakit Belakang

[Copy link]
Post time 24-11-2015 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Punca Sakit Belakang.Apa yang menyebabkan anda sering sakit belakang? Ketahui 7 punca sakit belakang yang kerap menyerang anda.
Sakit pada bahagian belakang badan cukup menyiksakan dan boleh menganggu aktiviti seharian. Apatah lagi jika pekerjaan yang anda lakukan itu merupakan jenis pekerjaan yang mengerah tenaga serta keringat. Sudah pasti, kesakitan itu tidak terperi!
Sakit belakang dikatakan lebih menyiksakan berbanding pada bahagian tubuh lain, sehingga boleh membuatkan seseorang itu berkeadaan dalam serba tak kena. Bukan sahaja tidak lena tidur, bahkan tak mampu juga untuk duduk dan berdiri.
Rasa berdenyut-denyut dan sakit belakang selalunya tidak terjadi secara tiba-tiba, banyak perkara yang tidak anda sedari menjadi punca sakit belakang. Jangan tak percaya, perkara-perkara yang mungkin anda anggap remeh dan sering anda lakukan setiap hari tanpa anda sedari itulah merupakan punca sakit belakang!

Jom semak di antara  punca sakit belakang;

1. Komputer
Jika anda bekerja di pejabat/di rumah dan menggunakan komputer seharian, anda sebenarnya cukup berisiko terkena sakit belakang. Menggunakan komputer dengan postur duduk yang tidak tepat  boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk mencegahnya, duduklah dengan postur yang betul dan kemas meja kerja anda dengan baik.

2. Kasut
Memilih kasut juga penting untuk menjaga kesihatan belakang serta mencegahnya daripada rasa berdenyut-denyut. Salah satu, kasut yang paling banyak mengundang sakit belakang adalah kasut tumit tinggi. Kasut jenis ini akan membuatkan tubuh lebih condong ke depan sehingga membuat tulang belakang bekerja lebih kuat.

3. Beg
Beg yang terlalu berat juga adalah punca sakit belakang. Jika anda sudah terbiasa ‘menggendong’ beg yang berisi macam-macam, sehingga membebankan, cuba kurangkan ya. Mulai besok, jangan lagi bawa beg yang terlalu berat!

4. Telefon bimbit
Menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang terlalu lama juga boleh mengundang punca sakit belakang.  Biasanya ketika menggunakan telefon bimbit, seseorang itu akan mencondongkan lehernya dan membuatkan postur tubuh menjadi tidak kena. Jika berjalan dalam masa yang agak lama, tidak mustahil anda akan diserang sakit belakang.

5. Dompet
Meletakkan dompet tebal di saku belakang, seperti yang sering dilakukan oleh kaum lelaki boleh menyebabkan sakit belakang. Kebiasaaan ini boleh menjadi punca sakit belakang kerana kedudukan dompet yang terlalu tebal dalam waktu yang lama akan memberikan tekanan pada otot di dalamnya.

6. Kurang bersenam
Ketika berasa sakit belakang biasanya seseorang akan beristirahat dan tidak berani untuk lasak bergerak. Sedangkan, jika ingin segera sembuh daripada kesakitan tersebut, anda disarankan agar tetap aktif melakukan senaman. Yoga adalah salah satu senaman yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit belakang.

7. Berbasikal
Punca sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan aktiviti berbasikal. Ia terjadi jika kedudukan basikal tidak tepat dengan postur tubuh ketika anda berbasikal.
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list