Macam mana tekanan boleh buatkan wajah kita jadi hodoh? Jangan terkejut kerana ianya memang benar!
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.
Ini kerana tubuh individu yang dalam keadaan tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah tidak menarik disebabkan kedutan.
Bukan itu sahaja, wajah akan kelihatan seperti orang tidak sihat dan pucat.
Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga boleh membahayakan kesihatan.
Kajian dijalankan ke atas 2 individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai.
Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.
“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.
Hanasuva
|