CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 0

Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri Yang Sudah Lama Berkahwin

[Copy link]
Post time 26-11-2015 10:14 PM | Show all posts |Read mode


Seorang sahabat pernah meminta pendapat saya bagaimana memulihkan hubungannya dengan suami yang semakin renggang semenjak kehadiran anak-anak.

Oleh sebab saya pun masih single, jadi dengan bantuan Internet, kami mula mencari jawapan yang boleh membantu. Banyak rujukan dan cadangan yang kami jumpa namun sahabat saya segan untuk melakukannya atas alasan hanya sesuai untuk pasangan muda dan pasangan yang hangat bercinta sahaja bukannya pasangan yang sudah ada anak.

Siapa kata, meskipun sudah lama berkahwin dan ada anak, anda dan pasangan sudah tidak boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama?

Belum cuba, belum tahu.



Semarakkan cinta suami isteri
Jadi bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, semarakkan kasih sayang anda dan pasangan dengan:
1. Kongsi hobi pasanganJika isteri anda minat berkebun, suami boleh bantu isteri dengan mencantas rumput di sekeliling taman. Dan sebaliknya, jika suami sukakan aktiviti permotoran, isteri boleh sesekali temani suami mengikut road trip bersama. Ajak anak ikut serta untuk memeriahkan lagi aktiviti sekeluarga.
2. Cuba hobi baruTidak pun cari satu hobi baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini dan bersama pasangan cuba mempelajarinya. Jadi,anda sama-sama dapat berkongsi pengetahuan baru dan bantu-membantu jika ada masalah.
3. Rancang percutian bersamaAmbil time off untuk bercuti berdua. Pasti sambil bercuti, anda akan ingati semula saat manis di awal perkahwinan. Jalan berpegangan tangan sambil berjalan di taman, aduh terasa seperti kembali di zaman percintaan.
4. Tulis notaMeskipun anda biasa berbual dengan pasangan setiap hari, anda boleh mencuba cara ini untuk menyerikan hari anda. Sediakan buku nota kecil di dapur atau di dalam bilik tidur.
Catat setiap hari apa sahaja yang boleh membuatkan pasangan anda tersenyum dan gembira contohnya “Terima kasih gosok baju abang malam tadi”. Meskipun ayatnya pendek, tapi kesannya akan membuatkan si isteri senyum sepanjang hari.
5. Wujudkan hari tanpa telefonDengan ini, anda dapat memberi tumpuan pada pasangan tanpa gangguan daripada FB dan Whatsapp.
6. Membaca untuk pasangan andaSambil duduk bersama, salah seorang boleh membaca dan seorang lagi mendengar. Tidak semestinya membaca daripada buku, anda boleh juga membaca status kawan-kawan di Facebook dan berkongsi yang menarik dengan pasangan. Secara tidak langsung, pasangan anda mengenali kawan-kawan anda.
7. Cuba resipi baru di restoranBawa pasangan anda ke restoran yang baru di buka. Sesekali manjakan pasangan anda yang seharian penat bekerja ataupun menguruskan rumah tangga. Bagus juga dijadikan satu hobi sekeluarga.
Foto Kredit: myislamicpartner.com

Apa pun, komunikasi itu penting dalam perhubungan. Cari masa untuk berbual dengan pasangan. Elak memberi tumpuan pada teknologi yang semakin merenggangkan masa berkualiti anda dengan keluarga.
siraplimau

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.218156 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list