CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 1

10 Cara Terbaik Membersihkan Hati Yang Sakit

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:01 PM | Show all posts |Read mode


Kredit Foto: gabryelles-blog
Cara Membersihkan Hati.Hati anda sedang kecewa dan terluka? Terasa sangat lemah? Tidak tenang?
Hati adalah tempat tersimpannya segala perasaan. Sudah lumrah manusia,hati yang hiba tidak boleh anda elakkan kerana ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada manusia.
Di dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi, menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Tiada siapa juga yang ingin merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin menitis setiap waktu. Namun, itu bukanlah bermaksud dunia anda sudah berakhir
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan. Bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain seperti terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap teman-teman, anak-anak, majikan ataupun suami anda sendiri.
Sememangnya bukan senang untuk menyembunyikan diri daripada kelihatan lemah. Ada yang terpaksa berpura – pura kuat, tersenyum,tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati anda bukan? Terdapat beberapa cara untuk membersihkan kembali hati yang sedang lemah, berduka lara mahupun berdendam  kerana tidak mustahil untuk menjahit kembali luka di hati. Semoga tips ini dapat membantu anda.
Cara Membersihkan Hati:

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta, sila hindari daripada suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta dan kecewa. Melayani lagu-lagu sedemikian hanya akan membuat anda semakin lemah dan tidak berdaya. Tiada gunanya untuk anda menangis untuk orang yang menghancurkan kebahagiaan anda.
Sebaliknya cuba anda dengar lagu-lagu yang menaikkan semangat dan berunsur keagamaan. Ada sahaja para pemuzik yang mencipta lagu-lagu putus cinta yang mendidik jiwa untuk kuat berhadapan dengan kesakitan putus cinta. Jauhkan diri dari kebanyakan lagu-lagu cinta yang negatif yang tak habis-habis merintih nasib malang tak berkesudahan. Bukankah anda ingin menenangkan hati? Maka janganlah menabur garam diatas luka kerana ia sangat pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.

2. Belajar Menjadi Pemaaf
Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap manusia. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi yang negatif. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua yang lalu dapat menarik ketenangan datang pada diri anda.


3. Ketawa Dan Terus Ketawa
Buat apa anda mahu melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biarkan ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang.Contohnya dengan menonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, atau dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa merupakan ubat mujarab untuk menghilangkan sedih.

Mengaku saja anda sering merasa sedih kerana seringkali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Mulai hari ini, bulatkan azam untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin dan kalau boleh ‘kasi kosong’ habis. Bunyinya macam senang nak dibuat, tetapi perlulah dibuat secara berterusan. Tekadkan fokus anda kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Sememangnya anda tak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus,tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

5. Ubah Fikiran
“Mencari sinar mentari disebalik mendungnya awan” dengan cara merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun kekecewaan yang anda hadapi.Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, anda mesti cuba untuk fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Lagipun sememangnya anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Rezeki anda juga akan murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh mendapat perkara yang baik-baik?

Orang kalau dah kemaruk cinta hanya akan menjadikan kekasihnya sebagai tempat untuk meluahkan segala suka-duka kehidupan.Bayangkan apabila telah terputusnya hubungan, maka seseorang itu telah kehilangan tempat untuk berkongsi kegembiraan bahkan pahit-getir dalam kehidupannya.Bukankah berbicara dan meluahkan isi hati merupakan antara penawar terbaik kala jiwa tertekan?
Oleh itu peranan teman-teman rapat amat penting dalam mengubati hati anda yang remuk-redam itu.Inilah masanya untuk anda menilai mana satu teman yang terbaik untuk anda kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa bersama anda samada dalam keadaan gembira mahupun sedih.
Bak kata Tommy Page, A shoulder to cry on. Benar, ketika anda sedang berduka akibat dikecewakan oleh cinta,anda memerlukan pendengar setia yang bukan sahaja sudi mendengar keluhan bahkan sedia membimbing anda untuk menghadapi kehidupan dengan normal. Namun cukuplah sekadar anda meluahkan dan melepaskan apa yang terbuku di hati selama ini.
Apabila anda mempunyai teman bicara yang sudi mendengar dan memahami situasi yang anda alami, anda akan berasa lega dan secara perlahan-lahan hati akan terubat biarpun sedikit. Namun anda diingatkan supaya pandai memilih teman yang membawa anda kearah kebaikan,bukannya kejahatan.


7. Putuskan segala kenangan dan harapan bersamanya
Jika anda ingin segera merawat luka di hati, pastikan anda juga bersedia untuk memutuskan segala-galanya yang berkaitan dengan si dia sama ada dalam bentuk kenangan ataupun harapan.Delete segala SMS, emails, gambar-gambar, lagu-lagu, ataupun segala benda yang boleh dikaitkan dengannya.
Jauhi segala tempat-tempat yang mendatangkan kenangan kepadanya, seperti tempat anda membeli hadiah untuknya, atau tempat pertama kali anda bertemu dengannya, dan yang sewaktu dengannya. Kebiasaannya juga akibat terlalu sayang akan seseorang,anda masih mengharapkan agar hubungan dengannya dapat diperbaiki.
Janganlah membuang masa untuk mengharap. Boleh jadi orang yang anda harapkan itu telah mempunyai cinta yang baru, maka sia-sia saja harapan anda kepadanya.


Kehidupan perlu diteruskan.hati yang gundah perlu diceriakan. Hidup dalam kesedihan menyebabkan masa berjalan begitu perlahan. Oleh itu,anda boleh setkan minda anda untuk jadi ceria pada keesokan harinya sebelum masuk tidur.
Lafazkan dengan nada berbisik. relaks, dan jangan terlalu mendesak diri.Kemudian, selepas bangun tidur, katakan pada diri anda bahawa ia adalah hari yang baru untuk anda. Berjanji dengan diri anda untuk menjadikan hari yang baru tersebut sebagai hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

9. Membalas dendam dengan bijak
“Balas dendam yang terbaik adalah dengan mencapai banyak kejayaan.”- Frank Sinatra. Jadikan kata-kata ini sebagai satu dorongan untuk anda membalas dendam dengan bijak. Anda boleh membalas dendam, dengan cara membina diri anda. Apabila diri semakin hebat, secara automatik anda menjadi magnet yang membuatkan orang lain tertarik dengan peribadi anda.
Tak percaya? Cubalah turunkan berat badan, atau mengubah penampilan diri,membina keyakinan diri,mempelajari bahasa ketiga atau yang sewaktu dengannya. Insya-Allah, akan ada si dia yang baru tertarik dengan nilai-tambahan yang anda miliki.

Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri. Dengan meluangkan banyak masa kepada hobi, ruang kosong di hati akan tertutup rapat dan masa untuk anda melayan perasaan yang sedih terhapus sama sekali. Pada masa yang sama, kita juga dapat membina diri ke arah yang lebih baik.Jadikan kata semangat ini “Take back your power and start loving your life” sebagai dorongan anda. Apa-apapun, pastikan hobi tersebut adalah hobi yang membina diri.

Kesimpulan
Ingatlah, anda semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada ketikanya anda berasa lemah dan berduka.Namun, anda diingatkan untuk belajar mengawal emosi agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam keadaan normal. Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan menjadi sesat sekaligus mengundang padah.Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah tentu anda yang sedih akan pasrah kerana semua setiap perkara itu ada hikmah di sebaliknya.
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 05:15 AM | Show all posts
ingat kebaikan orang, sangka baik , jangan syak dan doakan dia.
lagi satu  jangan hasad, you hasad well...takut tau hasad ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056679 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list