Edited by batu_bergolek at 4-12-2015 01:26 AM
Salam bro,
Mmg kalau ikutkan, kalo terlibat dalam kemalangan waktu lesen exp, insuran company berhak tolak claim awak.
Tapi Dulu saya dengar cerita dari lawyer, dia kata pernah jadi kes mcm awak ni (kereta dilanggar orang) dan insuran (kereta yg menyebabkan kemalangan) tak nak bayar. End up naik court dan last2 hakim menyebelahi mamat yg kereta dilanggar. Lawyer tu cerita lagi, situasi mamat tu pun agak nasib baik sbb dapat hakim yg terkenal dengan anti bank dan insuran comp. Jadi akhirnya Insuran amik keputusan utk bayar claim insuran, sbb lagi murah drpd upah lawyer utk buat rayuan.
Persoalannya (kalo insuran tolak) adakah awak sanggup naik court dan upah lawyer dll, Saya takut jadi "mahal rantai dari beruk jer" . Satu lagi bila insuran tolak claim awak, boleh cuba buat rayuan.
Ni satu lagi, kepada yg terlibat dgn kemalangan, awak kene buat report polis dalam masa 24 jam bukannya on the spot (mmg kalo boleh nak secepat mungkin), jadi kalo lepas kemalangan awak baru perasan yg lesen memandu dah expired, senyap2 lah pergi pejabat pos renew atau minta kawan renewkan kat pejabat pos, (pada hari yg sama) tapi syaratnya pejabat pos bukalah, kalo tutup takleh buat apalah
.
|