CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2488|Reply: 3

6 Petua Semulajadi Mengecilkan Pori-Pori Wajah

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:50 PM | Show all posts |Read mode


Pori-pori wajah yang besar sememangnya sangat merimaskan  kerana ia membuatkan penampilan wajah anda kurang menarik. Apatah lagi, ia merupakan punca masalah kulit berlaku seperti jerawat dan muka berminyak.
Jadi, tidak hairanlah pelbagai produk untuk mengecilkan pori-pori wajah selalu dicari untuk mengatasi masalah ini.
Faktor Pori-Pori Wajah Besar
Berikut adalah faktor penyebab pori-pori wajah membesar:
  • Genetik
Cuba anda lihat keluarga anda, ada atau tidak anggota keluarga anda yang memiliki pori-pori wajah yang besar? Jika ya, besar kemungkinan penyebab pori-pori  besar di wajah anda adalah kerana faktor genetik atau faktor keturunan.
  • Tidak Membersihkan Sisa Solekan
Pori-pori wajah anda boleh kelihatan besar kerana penggunaan produk kosmetik atau produk kecantikan yang anda gunakan. Sekiranya anda terlupa untuk membersihkan sisa solekan lalu terbawa-bawa hingga tidur semalaman sehingga kulit anda tidak boleh bernafas,maka ia akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat.
  • Sinar Matahari
Manfaat sinar matahari untuk kesihatan memang banyak,tetapi ia juga turut memberikan kesan buruk kepada kulit anda. Ini kerana pancaran cahaya matahari boleh membuatkan pori-pori wajah anda kelihatan besar.
  • Kurang Menjaga Kebersihan Kulit
Pada asalnya semua manusia lahir dengan kulit yang halus tanpa jerawat mahupun pori-pori besar. Namun akibat kurang menjaga kebersihan kulit,maka kesannya kepada kulit ialah pori-pori wajah kelihatan besar sekaligus menjejaskan penampilan.
Cara Mengatasi Pori-Pori Besar Pada Wajah
  • Bersihkan Wajah
Bersihkan kulit anda daripada debu kotoran dan sisa-sisa solekan sejurus selepas melakukan aktiviti pada siang hari. Jangan sesekali tidur dengan solekan masih ada pada wajah anda kerana kesannya sangat buruk pada wajah.
  • Buang Sel Kulit Mati
Gunakan produk untuk membuang sel-sel kulit mati pada wajah anda kerana ia dapat mengecilkan pori-pori wajah sekaligus mengurangkan minyak dari wajah anda.
  • Melindungi Kulit Dari Sinar Matahari
Lindungi kulit wajah anda daripada sinar matahari yang terlampau kerana ia boleh menyebabkan pori-pori wajah anda besar. Gunakan pelindung matahari (UV protection), topi atau payung saat anda melangkah keluar dari rumah.
  • Gunakan Pelembab Wajah
Gunakan pelembab yang tidak mengandungi minyak serta tidak menyebabkan alergi.
Petua Mengecilkan Pori-Pori Wajah Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi
  • Ais Batu
Petua ini sangat mudah,hanya bungkuskan ais batu dengan menggunakan kain. Lalu gosokkan secara lembut pada keseluruhan wajah anda. Ais batu akan membantu mengecilkan pori-pori wajah anda. Lakukan langkah ini setiap pagi secara rutin.
  • Madu
Madu juga membantu mengecilkan pori-pori dan mengatasi masalah kulit berminyak yang menjadi penyebab pembesaran pori-pori wajah. Buatkan masker madu dengan cara mencampurkan 2-3 sudu madu dengan sedikit jus lemon. Sapukan secara rata pada wajah dan urut secara perlahan-lahan wajah anda selama beberapa minit. Lalu bilaskan dengan menggunakan air suam hingga bersih.
  • Tomato
Buah tomato ternyata sangat baik untuk digunakan sebagai masker wajah dan dalam usaha untuk mengecilkan pori-pori wajah anda. Hanya oleskan buah tomato yang telah dihancurkan pada keseluruhan wajah anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam. Lakukan petua ini tiga kali seminggu untuk hasil yang sempurna.
  • Timun
Jika anda ingin menggunakannya sebagai masker untuk mengecilkan pori-pori wajah, campurkan timun yang telah dikisar dengan sedikit garam, lalu disapukan pada wajah. Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.
  • Putih Telur
Kemampuan putih telur sebagai bahan untuk mengecilkan pori-pori wajah tidak dapat dinafikan lagi. Caranya hanya dengan pisahkan kuning telur dan putih telur. Lalu ambilkan putih telur tersebut dan sapu pada kulit wajah anda. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air bersih.
  • Baking Soda
Pasti anda tidak tahu bahawa baking soda dapat membantu mengecilkan pori-pori wajah dan juga menghilangkan sel-sel kulit mati. Caranya ialah bersihkan wajah anda terlebih dahulu,kemudian campurkan satu sudu baking soda ke dalam satu bekas air. Lalu gunakan air tersebut untuk membilas wajah anda. Setelah itu,biarkan ia kering seketika pada wajah anda lalu bilas dengan menggunakan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali.
Kini anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk mengecilkan pori-pori wajah anda. Cuba praktik petua yang WOM.my berikan ini. Selamat mencuba.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baking soda bagus juga kalau nak putihkan bahagian gelap....biasa mar buat scrub dulu..kendian bilas dgn air suam..tepek bedak sejuk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bahan2 yg mar masukkan sekali dlm baking soda tu? Lps bilas tepek bedak sejuk plak? Rajinnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baking soda tu baru tau..nnt nk cuba

kalau yg lain2 tu, setakat ni x brp berkesan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 1.374816 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list