CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2336|Reply: 4

Sedih, Dah Kahwin Baru Laki Tunjuk Perangai!

[Copy link]
Post time 4-12-2015 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Kami melalui alam percintaan dengan sangat sempurna. Ketika bersamanya, saya berasa sangat selamat kerana kasih sayangnya begitu terserlah. Melihat sikapnya, saya yakin dan pasti kalau seandainya ada jodoh antara kami, pasti kami akan melaluinya dengan penuh kasih sayang hingga ke hari tua.


Selepas melalui perkenalan dua tahun, kami mengambil keputusan bernikah. Saya akui, sangat bahagia bergelar isteri kepadanya. Sikap yang ditunjukkannya dengan mementingkan keluarga sangat jelas. Hati saya semakin yakin dialah suami dunia dan akhirat. Lebih menambah manis lagi bila rumah tangga kami diserikan dengan kehadiran seorang anak perempuan. Suami tampak begitu menyayangi anaknya dan kala itu, saya rasa sangat bahagia memilikinya.




Benar kata orang, jangan terlalu mempercayai suami sepenuh jiwa kerana bila dia berlaku curang, kesannya sangat hebat.


Kisah bermula apabila dari seorang yang sangat bertanggungjawab pada keluarga, mula nampak putik-putik perubahan.


Suami sudah pandai balik malam-malam dan banyak caranya yang boleh dicurigakan. Saya cuba risik-risik bertanya, kalau ada sebarang masalah boleh cerita tapi kata suami dia tiada sebarang masalah. Malah berkali-kali juga dia mengatakan cintanya pada saya masih kuat. Jawapannya membuatkan saya terfikir, saya tidak bertanya soalan ini kepadanya dan kenapa dia memberikan jawapan sebegitu. Lebih lagi dari caranya yang cuba menyembunyikan sesuatu membuatkan saya terfikir-fikir, apa yang berlaku.


Nyata Allah mahu menunjukkan sikap suami yang sebenar. Suatu hari, dia terlupa membawa telefon bimbit yang sudah pun mempunyai kata laluan. Allah pula mahu menunjukkan kebenaran Nya. Sewaktu saya membelek telefon bimbit suami, saya ternampak SMS dan gambar dia berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan yang agak mesra. Berdebar hati ini kerana tidak menyangka suami berkelakuan begitu. Ingatan saya bertukar kepada sikap dinginnya dan inilah punca sebenar berlaku.


Saya tanyakan suami, siapa wanita itu dan apa hubungan mereka. Suami tergagap-gagap menjawab malah dia berjanji akan memutuskan hubungan dengan perempuan tersebut. Katanya, dia masih menyayangi saya dan mengharapkan hubungan perkahwinan kami kekal.


Saya akui serba salah dengan kata-katanya. Saya takut hati saya ditipu lagi dengan permainan cintanya. Demi Allah, saya meletakkan segala rasa cinta kepadanya tapi melihat dia curang, saya ragu dengan cintanya. Benar Allah memperlihatkan lagi kepada saya. Selepas saya memaafkan dirinya, suami tampak berubah seketika tapi malangnya sekali lagi saya dapat menangkap kecurangan suami. Masih dengan perempuan yang sama. Hati saya begitu hancur. Saya pandang muka anak yang masih kecil dan saya tahu hati ini telah remuk dengan sikapnya.


Beberapa bulan kami perang dingin. Hati saya bagaikan membeku dengan sikapnya. Ada juga saya tengok suami ingin berbaik-baik tapi hati saya masih sukar menerima dan memaafkannya. Suatu hari, suami melutut di hadapan saya. Meminta maaf di atas semua kekhilafan dirinya. Dia akui terpana dengan cinta baru. Dia juga mengakui sudah banyak wang dilaburkan untuk cinta barunya ini. Kini dia cuba mengambil hati saya semula.


Benarnya, suami kembali kepada sifat lamanya ketika kami bercinta dahulu. Ambil berat, penyayang, bertanggungjawab dan itulah lelaki yang saya pernah dambakan dahulu. Berkali-kali dia meminta maaf dan akui akan menjaga keluarganya iaitu cintanya kepada saya dan anak dengan sepenuh jiwa raga.


Masalahnya, saya kurang yakin selepas dua kali ditipu. Orang kata wanita hatinya umpama kerak nasi. Boleh berubah dalam sekelip mata tapi lagi suami minta maaf, lagi hati saya keras. Saya sukar menerimanya dalam hidup malah saya akui agak kekok melayannya termasuk di tempat tidur. Hati saya benar-benar terluka dan agak sukar disembuhkan. Bagaimana harus saya terima suami semula? Adakah suami yang bersalah atau saya yang harus memikul kesilapan itu? Bagaimana boleh saya menerima suami dengan hati tenang?

mingguanwanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 11:05 AM | Show all posts
Macam baca novel plak gaya penulisan sis
Sis saranan saya beri peluang kedua kt hubby
Asam garam rumah tangga la
Ombak badai orang kata
Next kalau dia buat lagi hang anyam betol-betol
Orang laki cepat jatuh cinta n ni mungkin kesalahan
Yang dia dah betul-betul nyesal
Kiranya bagi peluang atas dasar anak
Kasian budak-budak if famili x sempurna ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:06 PM | Show all posts
hmm....well... tu lah tu ...

ujian betul kan pada yg membina masjid...sebab tu besar pahala

for the single ones

enjoyyyyyyyyyyyyy....okay....?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 10:55 AM | Show all posts
novel ka nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 10:56 AM | Show all posts
Mingguan Wanita...xperasan td
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.360541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list