CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 3

Tanda-Tanda Besar Hubungan Cinta Bakal Putus

[Copy link]
Post time 4-12-2015 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Hubungan cinta melahirkan satu perasaan yang terlalu indah seperti rasa rindu, sayang, disayangi, dan macam-macam lagi. Namun, berakhirnya sebuah hubungan memang menjadi hal yang menakutkan bagi setiap pasangan bercinta.






Mahu atau tidak semua itu tetap akan terjadi jika salah seorang pasangan sudah putus asa dengan hubungan yang dibina.


Ini adalah tanda-tanda besar yang menunjukkan hubungan cinta bakal berakhir.






#Kerap Bertengkar
Semakin hari, pertengkaran ibarat seperti "makanan ruji" buat pasangan bakal berpisah. Semua yang dilakukan pasti ada tidak kena hingga menambahkan lagi tekanan atau stress buat kedua-dua pasangan.


#Kurang Berbicara
Anda dan pasangan sudah mula jarang berbicara, bahkan kurang mesej atau deringan telefon sudah jarang sekali didengari. Jika berbicara sekalipun, hanya omong kosong dan kedua-duanya kelihatan sangat "boring".


#Anda Bukan Lagi Keutamaan
Inilah yang paling menyedihkan, bagi si dia, anda sudah bukan lagi keutamaan. Lebih parah, si dia seperti sudah mula melupakan anda dan menganggap anda seolah-olah tidak wujud.


#Sudah Tidak Memahami
Dimatanya anda selalu salah, begitulah sebaliknya. Tiada lagi ruang untuk memahami setiap kekurangan dan kesalahan yang anda lakukan seperti diawal percintaan, maka pertengkaran sering terjadi.


#Tahap Ego Mula Meninggi
Masing-masing mula ego dan tidak mahu mengalah setiap kali terjadinya pertengkaran.




Itulah antara tanda-tanda besar yang harus anda ketahui apakah hubungan anda dan si dia akan berakhir? Namun, anda dan si dia mampu mempertahankannya jika masing-masing membuang keegoan didalam diri. Jika tidak, perpisahan adalah pilihan terpaksa. - CARI Infonet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 10:53 AM | Show all posts
kena byk komunikasi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:44 AM | Show all posts
aku mmg pelik org lelaki ni..

aku dah jumpa parents dia..

tp dia still layan aku nak tak nak.. reply msg pun mcm x ikhlas..

dia nak ke tak nak kat aku sebenarnya? takkan sekejap je dia berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 09:05 AM | Show all posts
caca_eric replied at 15-12-2015 12:44 AM
aku mmg pelik org lelaki ni..

aku dah jumpa parents dia..

die x nak la tu, tinggalkan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064609 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list