View: 1292|Reply: 0
|
Tak Lena Sebab Si Dia Dengkur? Buatlah Macam Ini
[Copy link]
|
|

Berdengkur ini boleh berlaku disebabkan saluran pernafasan tersumbat. Masalah ini juga berkait dengan hidung, lelangit, dan anak tekak.
Biasanya orang yang suka tidur telentang mudah berdengkur. Ini disebabkan otot-otot pada lelangit dan lidah mengalami tempoh rehat yang penuh sehingga mengecil dan menyebabkan injap salur pernafasan tersumbat.
Fakta paling menarik adalah nisbah 3:2 iaitu jumlah penghidap dengkur yang mendapatkan rawatan daripada pakar adalah tiga lelaki dan dua wanita.
Dengkur boleh dikategorikan kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama
Jenis dengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran. Kemudian akan berhenti dan akan berulang.
Peringkat kedua
Jenis sederhana yang mana seseorang itu akan berterusan berdengkur selama 10-15 minit. Bunyi dan lenggok dengkur sama sahaja.
Peringkat ketiga
Jenis serius sehingga seseorang itu berhenti bernafas dan terjaga daripada tidur. Kemudian penghidap dengkur tahap serius ni akan ambil nafas yang dalam, tertidur dan keadaan begini akan berlanjutan. Dengkuran begini diklasifikasikan sebagai sleep apnoea. Bahayanya sleep apnoea ini kerana boleh menyebabkan kegagalan jantung dan serangan strok.
Kebanyakan wanita hanya mengalami dengkuran peringkat satu dan dua. Ya, selalunya orang yang berdengkur sebab penat sangat. Masa tidur, otot-otot pada bahagian leher dan mulut juga akan berehat. Itulah yang menyebabkan dengkuran berlaku. Tapi kalau anda suka minuman keras juga cenderung untuk berdengkur.
Nak tahu sama ada anda mengalami sleep apnoea atau tidak, perhatikan sama ada anad selalu mengantuk pada waktu siang. Kalau boleh terlelap ketika memandu, membaca atau melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan fokus.
Kadang berdengkur boleh berlaku sebab anak tekak di lelangit lebih panjang (sehingga boleh mencecah lidah). Kebanyakan kes hanya dapat dikesan apabila anak tekak bengkak dan mengalami kemerahan.
CARA ATASI?
Salah satu cara terbaik untuk mengatasi dengkur adalah dengan tidur secara mengiring dan bukannya terlentang. Dengan cara ini, saluran pernafasan dapat berfungsi dengan lebih baik.
Eh, nak malu apanya? Ramai sangat yang berdengkur bila usia makin meningkat!
kredit:mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|