Oleh : Oshin
Rujukan : My Resepi
Bahan A
1 ekor ayam
Di potong sederhana besar, lumurkan dengan garam dan kunyit dan goren 1/2 masak
Bahan B
6 ulas bawang merah ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci halia ~ dikisar
1 inci kunyit ~ dikisar
2 batang serai ~ dititik
15 tangkai cili kering ~ dikisar
1 biji santan kelapa
asam keping (4-5 keping)
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam ~ ita tambah
Kaedah penyediaan Mula-mula kita goreng ayam yang telah di lumur garam dan kunyit hingga 1/2 masak, angkat dan ketepikan
Baki minyak tadi, tinggalkan dalam 3 sudu besar dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan sera dan biar hingga terbit minyak
Masukkan ayam dan asam keping
Biar hingga ayam masak sepenuhnya
Tambahkan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Renihkan dengan api perlahan hingga kuah pekat
Sedia di hidangkan
Lauk ni di kongsikan oleh Oshin di My Resepi, terima kasih Oshin dan My Resepi kerana menjadikan kerja memasak ita mudah dan ringkas.
Rasa lauk ni seakan lauk masak kuali yang pernah ita cuba dahulu dan juga seakan sama lauk kerutup masakan ibu ita. Ita memang cukup suka lauk yang macam ni. Makan dengan nasi panas-panas perghhh... mesti bertambah-tambah lah ita makan.
Ita tambahkan sedikit cili api, biar pedas sikit.. lagi pedas lagi kaw! biar berasap telinga..
Kepada yang nak cuba bolehlah cuba resepi ni untuk hidangan keluarga. Kalau ada yang dah tak ada idea nak masak tu.. apa kata cuba resepi ni, mudah , ringkas dan yang penting bahan yang di gunakan sangat minima, tak rumit untuk dapatkannya.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..
kredit:azlita masam manis
|