CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5099|Reply: 0

Wanita Muslimah Lebih Bergaya Dengan 5 Jenis Skirt Kembang

[Copy link]
Post time 10-12-2015 09:25 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto:alibaba
Skirt Kembang. Kini pemakaian skirt, samada pendek atau labuh, kembang  dan sebagainya tidak terhad pada peringkat umur lagi.Pemakaiannya lebih terbuka dan ia bergantung kepada citarasa dan kehendak seseorang.
WOM.my ingin berkongsi dengan anda tentang fesyen skirt kembang yang kian popular di kalangan wanita Muslimah.
Jom semak jenis-jenis skirt kembang yang mendapat sambutan itu.
1. Skirt Kembang Cotton
Potongan skirt kembang kebiasaannya menggunakan lebar kain yang sangat luas. Jadi skirt kembang cotton kelihatan sangat kembang seolah-olah skirt gaun. Ia boleh dipadankan dengan apa jua pakaian tak kira baju-T ataupun kemeja. Skirt kembang cotton mempunyai pelbagai pilihan warna serta kadangkala ia diselitkan juga dengan perincian lain seperti ‘lace’, butang ataupun kedutan.

2. Skirt Kembang Lycra
Fabrik lycra mempunyai tekstur yang licin dan sejuk. Pakaian yang menggunakan fabrik ini akan kelihatan lebih terletak kerana ia melekat pada badan serta jatuhannya yang berat akan menampakkan seolah-olah pakaian tersebut ‘flairy’.Sama juga seperti skirt kembang lycra yang mempunyai jatuhan yang cukup cantik tatkala ia digayakan bersama baju yang sesuai.
Anda boleh menggayakan skirt lycra bersama baju yang labuh paras lutut atau bersama baju-T yang mengikut potongan badan. Tetapi awas, bagi anda yang mempunyai saiz badan yang sedikit besar, anda harus bijak bermain dengan warna ketika menggayakan skirt kembang jenis ini.

3. Skirt Kembang Kain Net
Selain daripada skirt kembang yang meggunakan fabrik menyerap peluh, terdapat juga jenis skirt kembang yang tidak menyerap peluh. Kain net ini adalah sangat jarang sekan-akan berlubang-lubang.
Jadi, pemakaian skirt kembang jenis ini perlu disertakan bersama ‘lining’ yang sama warna dengan kain net tersebut. Pemakaian skirt kembang jenis kain net ini lebih cantik jika dipadankan dengan kasut bertumit tinggi kerana material yang digunakan ini kelihatan sangat mewah.

4. Skirt Kembang Satin
Fabrik satin mempunyai jenis kain yang kelihatan berkilat, ‘shiny’. Anda perlu bijak memilih warna bagi pemakian skirt kembang satin ini kerana ada sesetengah warna kain satin kelihatan murah berbeza dengan warna-warna sepert ‘silver grey’ ataupun hitam.
Warna- warna ini mempunyai nilai mewah disebabkan oleh sinaran yang dimiliki. Namun, anda perlu berhati-hati ketika menggosoknya, gunakan tahap kepanasan sterika yang rendah kerana material jenis ini mudah terbakar.

5. Skirt Kembang Bercorak
Penggunaanfabrik chiffon tidak hanya terhad kepada penggunaan shawl sahaja. Kini skirt kembang bercorak yang menggunakan fabrik ini mendapat sambutan yang hangat terutama di kalangan remaja. Ia menampakkan unsur-unsur keayuan serta kewanitaan yang sangat tinggi. Skirt kembang bercorak boleh digayakan bersama pilihan shawl polos ataupun pashmina polos. Kedua-duanya sesuai digayakan bersama skirt kembang ini.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 1.072846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list