
Pelantun lagu Langit Ke Tujuh, Sharifah Zarina cukup gemar mengumpul selendang. Kegemarannya mengumpul selendang merupakan terjemahan cintanya dia terhadap dunia fesyen Muslimah.
Sharifah Zarina mempunyai hampir 200 helai koleksi selendang dalam simpanannya. Ada yang digantung dan ada juga yang disimpan di dalam kotak plastik. Begitu teliti sekali Sharifah Zarina menjaga selendang-selendangnya. Tak hairanlah selendang pertama yang dibeli oleh Sharifah Zarina masih berada dalam keadaan baik.
Ok kita tengok macam mana cara dia jaga kain selendangnya...
1. Lebih elok dicuci dengan tangan untuk memelihara fabrik selain mengelakkan selendang berkedut.
2. Asingkan selendang dengan pakaian lain. (Jangan basuh sekali)
3. Jemur di tempat yang tidak terlalu panas bagi memelihara kualiti fabrik selendang.
4. Meminimumkan penggunaan kerongsang agar fabrik selendang tidak cepat rosak.
5. Cara menyimpan selendang, lebih elok digantung di dalam almari menggunakan penyangkut khas untuk selendang.
mingguanwanita
|