Cinta Jarak Jauh. Cinta jarak jauh atau “long distance relationship” sememangnya bukan perkara yang mudah untuk dipertahankan. Ini adalah kerana orang yang disayangi berada jauh, bukan di depan mata! Betapa sukarnya menahan rasa rindu untuk bertemu insan yang sayangi kerana anda tidak dapat melihat wajahnya secara langsung. Anda juga tidak berpeluang untuk menggenggam tangannya serta tidak boleh merasakan kehadirannya di sisi anda. Sememangnya banyak dugaan bagi pasangan yang mengharungi cinta jarak jauh sehinggakan muncul satu ketika di mana pasangan terbabit akan merasa sangat sukar untuk mempertahankan keadaan hubungan mereka. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk mempertahankan hubungan tersebut kerana ramai pasangan yang di luar sana telah melaluinya. Bahkan mereka juga berjaya mengakhirinya dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.
Semoga tips cinta jarak jauh ini dapat membantu anda untuk mengharungi cinta jarak jauh ini. Jangan biarkan jarak menjadi penghalang cinta murni anda berdua.
1. Selalulah Berkomunikasi Komunikasi adalah yang perkara yang paling penting dalam sebuah perhubungan tidak kiranya cinta jarak jauh mahupun dekat. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan. Jika anda ingin hubungan tersebut berjaya, anda harus berusaha. Gunakan kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Sediakan waktu hanya untuk anda berdua, misalnya sebelum tidur. Anda boleh menggunakan teknologi canggih sekarang ini untuk menghubungi pasangan anda menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi telah menjadi trend pengantara buat percintaan jarak jauh.
Walaupun anda sibuk dengan kerja seharian,namun jangan jadikan hal tersebut sebagai alasan untuk tidak bertemu dengan pasangan anda. Carilah masa untuk bertemu kerana pertemuan dapat menyemarakkan rasa cinta yang ada setelah lama tidak bertemu. Buatlah janji temu anda sekarang!
3. Saling mempercayai Jangan biarkan cemburu menguasai diri anda sekiranya anda mengharungi cinta jarak jauh kerana perasaan tersebut umpama racun yang dapat memusnahkan hubungan anda berdua. Tanamkan dalam diri masing-masing sikap mempercayai pasangan anda. Jangan biarkan fikiran negatif berleluasa,jangan fikirkan pasangan anda curang,sebaliknya sematkan dalam fikiran anda bahawa si dia juga turut merindui anda.
Doa merupakan satu usaha dalam perhubungan. Mohonlah pada Allah supaya perhubungan cinta jarak jauh anda berkekalan dan jauh dari anasir-anasir buruk yang boleh menghancurkan hubungan anda berdua.
5. Setia dalam perhubungan Kebanyakan pasangan yang tidak setia dalam perhubungan lalu menyebabkan cinta tersebut putus dipertengahan jalan terutamanya pasangan yang bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang. Sememangnya cinta jarak jauh sangat memerlukan anda berdua untuk setia. Perhubungan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk bahagia tanpa ada pihak ketiga mampu berkekalan. Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.
http://www.wom.my
|