CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1708|Reply: 0

Dulu Cukup ‘Panas’, Kini Semakin Menjauh!

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2015 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Tips Kahwin.Ramai pasangan berkahwin, mengeluh tentang hubungan cinta. Dulu intim, kini semakin menjauh.
Hubungan cinta yang anda miliki bersama pasangan mungkin lebih memuncak di awal percintaan ataupun perkahwinan. Ada ramai pasangan yang sudah berkahwin mengeluh, hubungan cinta yang dahulunya cukup ‘panas’, kini semakin pudar seiring dengan usia perkahwinan mereka.
Untuk menjaga agar perkahwinan anda sentiasa teguh dan tidak rapuh, berikut beberapa tips  kahwin yang boleh diguna pakai bagi menguatkan ikatan perkahwinan anda.
Semoga artikel tips kahwin ini membuatkan anda berjaya menjaga cinta serta perkahwinan anda agar tetap hidup dan tidak membosankan.


Berikut adalah antara Tips Kahwin: 4 Cara Agar Perkahwinan Tidak Membosankan yang boleh segera anda praktik:
1. Ingat Kembali Kenangan Terindah
Di saat anda merasakan cinta mula pudar, anda tidak perlu terlalu bimbang memikirkan, apakah si dia akan berhenti mencintai anda. Cubalah anda ingat kembali momen-momen manis ketika anda bersamanya.
Untuk menghangatkan kembali cinta, apakata anda buat temujanji seperti yang anda lakukan ketika pertama kali anda bertemu dengan si dia. Cuba nikmati masakan di setiap restoran romantik yang baru, pergi mendaki bukit dan melihat matahari terbit atau hanya berbual berdua-duaan sehingga tertidur.
Selain itu, anda boleh juga cuba melakukan sesuatu yang tidak biasa anda lakukan. Ketika anda melakukan perkara yang tidak terduga atau mencuba pengalaman baru, ia akan menghidupkan kembali cinta dan kegembiraan  anda.

2. Menghormati Satu Sama Lain
Dengan menghormati antara satu sama lain, ikatan perkahwinan akan menjadi lebih erat. Situasi ini akan mengurangi risiko berlakunya pertengkaran. Anda harus menghormati pasangan anda untuk mencintainya. Jika anda tidak menghormatinya, bagaimana anda dapat mencintai dan mempercayainya.
Setiap hubungan dalam perkahwinan perlu dilandasi dengan komunikasi yang baik. Baik anda, mahupun pasangan, masing-masing mempunyai kelemahan ataupun kekurangan tersendiri.
Anda perlu menerima pasangan anda seada dirinya. Ketika adanya kepercayaan, perkahwinan dan cinta akan tetap utuh!

3. Luangkan Waktu Bersama
Salah satu cara memperkuatkan ikatan perkahwinan adalah dengan meluangkan waktu bersama. Sekalipun anda terlalu sibuk dengan pekerjaan dan sebagainya, jangan biarkan sisa-sisa waktu yang ada dengan terbuang begitu sahaja. Sebaliknya, luangkan waktu untuk bersama dengan pasangan dan keluarga anda. Manfaatkan cuti hujung minggu untuk bersamanya.
Di samping itu, jangan lupa tandakan pada calendar atau diari  mingguan anda. Bukan setakat hari ulangtahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan sahaja yang perlu anda ‘take note’.
Sebaliknya cuba fikirkan untuk merancang sesuatu yang menyenangkan pada hujung minggu. Ajak si dia menonton wayang, menyaksikan konsert, berenang dan sebagainya. Situasi ini akan membangkitkan semangat anda dan pasangan untuk menikmati saat itu bersama-sama.

Ketika bersama pasangan, usah teragak-agak untuk melakukan perkara-perkara yang sederhana seperti memegang tangan, menyediakannya sarapan pagi, memakai minyak wangi dan memberikan kata-kata pujian atau paling manis yang dapat melahirkan rasa cinta anda terhadapnya.
Manfaatkan aplikasi yang anda, kirim ungkapan “I love you” atau ikon cinta. Ia dapat mengambarkan betapa anda mencintai pasangan anda.
Jadi, cuba manfaatkan teknologi yang ada untuk menghidupkan kembali cinta dalam perkahwinan anda.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045171 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list