CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 0

Elak 2 Perkara Ini Kalau Nak Rasa 6 Nikmat Bercuti

[Copy link]
Post time 28-12-2015 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Percutian menjadi satu agenda penting dalam kalender tahunan keluarga, tapi adakah betul perlu, penting dan wajib bagi mereka yang masih terkapai-kapai membina keselesaan hidup?
Mungkin perlukan sepuluh hingga dua puluh tahun untuk melangsaikan hutang pelajaran, kereta, rumah dan sebagainya jadi adakah perlu membebankan diri dengan hutang percutian yang tak termampu semata-mata mahu menunjuk pada kawan-kawan?


Ada kalanya percutian berubah menjadi perselisihan antara suami isteri disebabkan tak ada kesefahaman tentang perbelanjaan semasa bercuti. Mungkin isteri tak diberi penjelasan tentang keadaan kewangan keluarga yang tak stabil sehingga dia tak sedar boros berbelanja.


1. Gaduh depan anak
Anak-anak pula menjadi tak selesa melihat ibu bapa mereka asyik bergaduh, walaupun tempat yang dikunjungi menjanjikan ketenangan, hiburan dan keselesaan taraf dunia tak memenuhi matlamat sebenar perjalanan mereka.


2. Tak perlu makan sedap
Bercuti bukanlah sekadar soal makan sedap, hiburan hebat dan suasana indah semata-mata tapi ini lebih kepada pengembaraan hati yang bersatu dalam sebuah keluarga! Tidak ada maknanya kemewahan percutian apabila sebuah keluarga tidak mahu berdamai, tak mengambil berat, ego dan cemburu satu sama lain.


KELEBIHAN BERCUTI

1. Tanam ideologi
Percutian semestinya boleh dijadikan saranan pendidikan bagi anak-anak, semasa perjalanan kedua ibu bapa mengambil peluang untuk menanamkan ideologi positif dalam kehidupan.



2. Ilmu baru tempat orang
Boleh beri maklumat penting tentang keadaan sistem sosial masyarakat setempat, adat dan tatacara komunikasi yang berlainan akan luaslan pemikiran anak-anak tentang bagaimana melihat dunia luar.


3. Korek isi hati dan hobi anak
Ambillah peluang bertanyakan tentang isi hati anak-anak, kecenderungan mereka tentang hobi dan minat masing-masing, tentang erti menjadi dewasa, tentang memberi teladan yang baik dan mengambil hikmah dalam setiap suasana yang dilalui.


4. Tolak tepi tekanan
Janganlah dibawa sekali stres dalam perjalanan bercuti, bertenang adalah matlamat percutian ini dan memewahkan kasih sayang menjadi destinasi. Malang sungguh percutian yang melelahkan, tekanan sepanjang perjalanan ditunjukkan dengan muka yang lesu, marahkan keadaan, maki hamun anak-anak, bertengkar tak habis-habis dan membawa kebencian sebagai bekalan perjalanan.


5. Ajar makan secara sederhana
Elakkan sikap tunduk pada duit. Walaupun bercuti di taman permainan anak-anak dengan berbekal nasi bungkus dan air sirap tetapi dengan diiringi jiwa yang penuh kasih sayang, ini jauh lebih bermakna daripada bercuti keluar negara.



6. Jaga akhlak
Kalau dah ramai anak,  ibu ayah akan berdepan dengan anak-anak yang pentingkan diri dan menyusahkan sepanjang percutian. Masa ini bagus untuk memberi teladan akhlak yang baik sememangnya menjadi agenda dalam perjalanan, solat yang ditegakkan sesibuk apa pun, berlemah lembut dalam pertuturan satu sama lain dan tolong menolong dalam situasi yang mungkin mencabar menjadikan suasana percutian lebih mendidik lagi berkat.



Bukan senang ya, nak percutian yang sempurna tanpa persefahaman anda dan suami, tentang duit dan makan, rehat dan berjalan semua itu perlu dibincangkan secara telus. Jangan simpan hati ketika dalam perjalanan, ingat sentiasa matlamat utama percutian iaitu mahu bergembira dan bersyukur.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.353239 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list