CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2632|Reply: 0

4 Jenis Jubah Cotton Yang Memenuhi Selera Wanita Muslimah Malaysia

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Jubah Cotton.Kain cotton adalah fabrik yang paling sesuai dipakai di negara beriklim tropika atau khatulistiwa terutama sekali di negara kita, Malaysia.
Sifatnya yang sejuk, tahan lasak membolehkan ia berfungsi sebagai penyerap peluh yang baik. Jadi, tidak hairanlah fesyen jubbah cotton semakin berkembang dengan meluas.Jubah cotton mula popular di Malaysia sekitar tahun 2013 sehingga sekarang.
Apa yang menariknya, ia mempunyai padanan warna yang menarik dan “color blocking”. Tetapi ada juga jubah cotton yang direka dengan hanya satu warna, sesuai bagi mereka yang bersifat sederhana.

Jenis Jubah Cotton

Jubah ini direka untuk mereka yang berani menonjolkan fesyen mereka. Biasanya ia terdiri dari gabungan tiga warna pastel. Sesuai dipakai di majlis-majlis tertentu.

Bagi mereka yang tidak gemarkan jubah yang kembang dan meleret-leret, jubbah cotton ini khas untuk anda! Cantik dan kemas bila dipadankan pada tubuh yang bersaiz genit.

Jubah cotton ini dijahit pada bahagian tengahnya, dengan mencantumkan dua warna. Jubah ini sangat popular pada awal kemunculan jubbah cotton dahulu.

Antara jubah cotton terawal yang dicipta sebelum fesyen jubah cotton menjadi suatu fenomena. Masih sesuai dipakai pada hari ini, dan cantik dipakai di majlis keramaian.


Tips Penjagaan Jubah Cotton
  • Sebaiknya anda membeli saiz yang sedikit besar dari tubuh anda kerana jubbah cotton akan mengecut selepas dicuci.
  • Seeloknya basuh berasingan dari pakaian lain untuk cucian pertama.
  • Sesetengah pelembut mungkin tidak sesuai untuk kain cotton kerana mengurangkan ‘pernafasan’ kain cotton tersebut.
  • Elakkan dari terkena peluntur kain.
  • Jemur di tempat yang tidak terlalu panas dengan cahaya matahari.
  • Terbalikkan jubah cotton semasa di jemur.
  • Jubah cotton elok digantung daripada dilipat.
  • Gosok dengan seterika stim, atau semburkan air sebelum gosok dengan suhu yang sesuai. Jubah cotton dengan kualiti premium amat mudah digosok.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.288867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list