Keputusan suami yang sanggup berhenti kerja untuk membantu isteri yang meneruskan kerjaya di luar tidak boleh dipandang rendah. Suami juga seperti seorang suri kini. Apatah lagi menjaga dan menguruskan rumah tangga berdasarkan logik berbanding emosi, boleh menjadi satu cabaran.
Isteri, bersedialah membantu suami jika berlaku sesuatu masalah dan menyelesaikan bersama. Jadi untuk tambah semangat, suami boleh lihat info ini...
1. Penat itu 'makanan'
Mr Mama kena tahu, jaga anak ni bukan boleh skip. Jadi kalau kelam kabut atau tidak terkawal, Mr. Mama perlu susun jadual untuk menjadi diri efektif sekali gus mengelakkan kebosanan. Bina dan buat rutin, jadual kerja harian untuk memudahkan perancangan.
2. Ada masalah, jangan pendam
Mr. Mama kena selalu berbincang dengan isteri macam mana nak menyelesaikan beberapa masalah anak-anak sebagaimana seorang isteri selalu lakukan. Jangan rasa nak simpan masalah keluarga sendiri kalau tak nak stres.
3. Tukar pendapat & top up ilmu
Mr. Mama kena meluangkan masa untuk dirinya dalam menambah ilmu, merapikan diri dan bercampur gaul dengan rakan-rakan supaya boleh bertukar-tukar fikiran.
4. Semua hal kena ambil tahu
Mr. Mama juga hendaklah mempelajari cara menjadi seorang pengurus rumah yang mentadbir bukan sahaja rumah, anak-anak dan makanan tetapi rancang kewangan, pembelajaran dan pengetahuan anak-anak. Kali ini pengurusan rumah adalah dibuat sendiri oleh Mr Mama tanpa bantuan sesiapa.
5. Tak perlu kecoh, anda yang rasa
Tiada siapa yang perlu tahu yang anda adalah seorang Mr Mama. Jika ada yang tahu, cuba praktik ini: “Enjoy the moment of being a Mr Mama”.
Mungkin ada yang pandang sinis tentang isu ini. Abaikan, janji beban rumah tangga dipikul sama rata. Bagi peluang dan ruang untuk pasangan suami isteri bertukar 'jawatan'. Janji tanggung jawab sebenar tidak terabai dan rasa hormat masih wujud. Tapi macam mana pun, isteri tetap perlu mengambil berat tentang hal berkaitan rumah mahupun anak-anak. Jangan ambil kesempatan sampai timbul kes 'mengarah'. Itu paling penting. mingguanwanita
|