View: 1914|Reply: 0
|
Sebab Itu Rambut Cepat Rosak, 6 Punca Ini Selalu Kita Buat!
[Copy link]
|
|
Nak selesa walau pakai tudung, anda kena ambil tahu lebih info jaga rambut dulu. Tanpa rambut sihat dan kulit kepala dijaga dengan betul, ini boleh membuatkan lelaki baik perempuan tidak selesa dan hilang keyakinan diri. Sila bebaskan masalah rambut seperti ini kalau mahu rambut lebih sihat dan cepat panjang...
1. Tak tahu jenis rambut
Mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut. Sama ada perlukan lebih minyak, kelembapan dan sebagainya.
2. Tidak minum banyak air
Minum air suam bagus untuk suburkan rambut. Lagi bagus, akan melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian rambut.
3. Guna produk salah
Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki. Ramai yang terperangkap dengan iklan produk yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal bersinar tanpa menghiraukan sama ada produk tersebut sesuai atau tidak.
4. Cara sikat kasar
Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat menggunakan sikat bergigi jarang terutama bagi rambut yang kerinting.
5. Terlalu banyak produk
Bagi yang obses dengan penjagaan rambut, mereka akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut.
6. Sambil lewa
Ada juga yang tidak hiraukan langsung penjagaan rambut. Sikap sambil lewa seperti menggunakan apa sahaja syampu yang ada di depan mata dan tidak mengeringkan rambut adalah sikap yang tidak baik. Ini adalah penyumbang rambut yang mudah rosak.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|