Jika diberikan pilihan, pasti kita akan memilih pasangan yang menarik dari segi paras rupa, yang sedap mata memandang yang molek dan segala-gala yang elok la.
Namun tak bermakna yang tak menarik dan tak terpilih. Ada wanita yang dalam diam meminati lelaki yang kurang menarik berbanding lelaki yang handsome dan sedap mata memandang.
1. Memuja pasangan
Jika lelaki yang tak handsome dapat kamu yang cantik, haruslah mereka bersyukur habis-habisan. Sanggup buat apa sahaja.
2. Lebih beri perhatian
Lelaki yang tak menarik berbanding kamu, pastilah dia akan beri sepenuh dan setulus perhatian kepadamu. Menjagamu dengan setulus hatinya namun ada juga sampai tahap merimaskan.
3. Lebih bertolak ansur
Biasanya lelaki kurang menarik, akan lebih mudah bertolak ansur kerana sifat mereka yang kurang yakin dengan diri sendiri bila bersama kamu. Mereka juga akan cepat cair bila berhadapan dengan kamu.
4. Dapat Hindari Cemburu
Wanita akan lebih selamat kerana tiada persaingan merebut hati lelaki yang akhirnya akan membawa kepada patah hati.
Akhir kata, tak semua kriteria di atas ada pada lelaki yang tak menarik. Kadang-kadang ego lelaki kurang daya menarik mengalahkan lelaki yang handsome. Namun tak semua lelaki handsome itu tak setia dan curang. Hargai pasangan anda. -CARI Infonet.
Post time 9-1-2016 10:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
erm... plg penting ciri2 lelaki budiman & b'takwa tu ade pd si lelaki... sbb die yg bakal m'jadi nakhoda di dlm umahtangganye nanti... rupe yg menarik hny bonus...