View: 1046|Reply: 0
|
WHO Lancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik
[Copy link]
|
|
WHO Lancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik
Kempen peringkat antarabangsa untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang lebih baik dilancarkan oleh WHO pada Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia ( 16 hingga 22 November).
Acara tersebut adalah untuk mengingatkan kita semua bahawa ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat. Ia juga menekankan kepentingan mengurangkan penggunaan antibiotik.
WHO_public_posterSejak ianya muncul pada abad ke-20, antibiotik telah membolehkan pelbagai penyakit serius untuk dikawal, tetapi penggunaan yang berlebihan dan juga penyalahgunaannya secara besar-besaran telah membawa kepada ketahanan antibiotik, juga dikenali sebagai ketahanan antimikrobial.
Ketahanan antibiotik menjejaskan pencegahan dan keberkesanan rawatan. Banyak ubat-ubatan yang biasa digunakan menjadi tidak berkesan untuk merawat keadaan seperti batuk kering, radang paru-paru, HIV dan jangkitan kencing.
WHO mengatakan bahawa kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan dalam memerangi ketahanan antibiotik dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang penting:
- Hanya ambil antibiotik yang ditetapkan untuk anda oleh doktor untuk jangkitan (bakteria).
- Habiskan yang antibiotik yang diberi, walaupun anda berasa sudah sihat.
- Jangan sekali-kali menggunakan antibiotik yang tidak dihabiskan sebelum ini.
- Jangan berkongsi antibiotik dengan keluarga atau rakan-rakan, walaupun mereka mempunyai penyakit yang sama seperti anda.
- Cegah jangkitan dengan kerap membasuh tangan, elakkan daripada bersentuhan dengan mereka yang sakit, dan mendapatkan vaksin yang disyorkan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|