CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2686|Reply: 2

Sakit Puan | Dingin Selepas Ikat Peranakan

[Copy link]
Post time 6-4-2016 04:46 PM | Show all posts |Read mode
SOALAN

SAYA dan suami sudah berkahwin selama hampir 10 tahun. Kami bersetuju untuk tidak mempunyai anak lagi dan saya sudah mengikat peranakan saya awal tahun ini.

Masalahnya, hubungan antara kami semakin renggang dan kami tidak bersama seperti dulu (hubungan kelamin kami kini hanya dua atau tiga kali sebulan).

Saya agak buntu, adakah tindakan mengikat peranakan memberikan kesan sedemikian?

Sejak saya melalui proses mengikat peranakan (April hingga kini, Disember), saya tidak lagi didatangi haid. Apakah punca keadaan itu?

Isteri Risau
Melaka

JAWAPAN

MENGIKAT tiub falopio hanya menutup laluan tiub falopio. Memandangkan tiub falopio tidak mengeluarkan hormon terutama hormon keperempuanan (estrogen dan progesteron), maka mengikat tiub falopio sepatutnya tidak mengganggu paras hormon anda.

Masalah hubungan seks adalah sesuatu yang lebih kompleks dan lazimnya mempunyai beberapa punca sekaligus. Anda dan suami dinasihatkan berbincang dengan doktor anda secara lebih mendalam.

Setelah doktor anda menerangkan secara visual mengenai prosedur pembedahan mengikat tiub falopio, anda mungkin akan lebih memahami dan tidak menyalahkan pembedahan itu saja.

Lazimnya, setelah wanita mengetahui tidak perlu lagi bimbang akan kemungkinan hamil, ia bukan saja melancarkan haid, malah mengeratkan keintiman hubungan seks.

Kebimbangan atau masalah anda yang mungkin tidak disedari juga mungkin memberi kesan kepada ovulasi anda sehingga menyebabkan gangguan haid.

Namun, eloklah anda juga memeriksa ujian air kencing bagi memastikan ia bukan disebabkan kehamilan. Ada juga laporan mengenai kehamilan setelah mengikat tiub falopio.


http://sakit-tuan.blogspot.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:15 AM | Show all posts
Hurm..salah satu prosedur yg aku pertimbangkan Akan buat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2016 03:32 AM | Show all posts
quite likely Isteri Risau ada masaalah lain yg mendinginkan sex.
kebanyakannya adalah masalah psychological, social, familial, relationship or even financial.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.837282 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list