CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] Jealousy Incarnate - Gong Hyo Jin, Jo Jung Suk [Review spankee_fili pg 89

[Copy link]
Post time 18-1-2017 03:03 PM | Show all posts
Edited by nada89 at 18-1-2017 03:09 PM

Selain karakter Hwa Shin, nada suka juga apabila penulis konsisten dalam membincangkan aspek pelanggaran stereotaip gender pada karakter-karakter yang lain, tak kisahlah peranan mereka sama adadi rumah mahupun di tempat kerja.

Kita ambil contoh parenting di rumah. Secara tradisinya, lelaki merupakan ketua keluarga dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah untuk isi rumah. Namun pada zaman sekarang, masihkah ada mentaliti seperti ini, sedangkan realitinya, ada juga wanita yang gigih membanting tulang untuk menyara keluarga, manakala lelaki pula memilih untuk menjadi househusband sahaja.

Pada awal episod kita boleh lihat pada watak NaRi dan Chef Rak. Na Ri mengaku dia merupakan ‘ibu’ kepada adik lelakinya ChiYeol, tapi hakikatnya, Na Ri yang keluar bekerja untuk menyara yuran sekolah Chi Yeol, di mana secara adatnya, ia adalah tugas seorang bapa. Manakala Chef Rak pula merupakan seorang lelaki yang perfect, yang sepatutnya bersusah payah untuk menyara keluarga, namun, Chef Rak pula yang menyediakan makan malah menjadi pendengar setia kepada ‘trio schools’ walaupun kebiasaannya tugas ini dilakukan oleh seorang ibu.

Begitu juga dengan konflik ‘two moms’ Mrs Gye dan Mrs Bang. Nada suka dinamik antara mereka berdua. Pada awal episod, diorang pantang berjumpa, asal jumpa mesti bergaduh, perli memerli & ungkit kisahsilam dan kesilapan masing-masing. Kedua-dua mereka sedar yang diorang bukanlah contoh ibu mithali kepada Pal Gang terutama dari sudut pandang arwah suami,Jung Shin dan ibu mertua mereka. Kebiasaannya lelaki akan fikir yang perempuan akan memilih keluarga berbanding kerjaya, namun berbeza dengan Mrs Gye, dia seorang yang sangat komited dengan kerja dan rela melepaskan keluarga demi mencapai cita-cita dalam kerjayanya. Namun kesannya, Pal Gang menganggap dirinya seperti orang luar dan asing.

Episod demi episod, penulis menunjukkan karakter Mrs Bang mempunyai naluri keibuan yang lebih berbanding Mrs Gye.Mungkin sebab tu arwah Jung Shin wasiatkan hak penjagaan Pal Gang kepada MrsBang. Remuk hati Mrs Gye sebagai ibu kandung Pal Gang waktu tu. Namun pada  akhirnya, hubungan mereka berdua menjadi rapat apabila diberi peluang kedua untuk membesarkan Pal Gang bersama-sama. Secara tak langsung, Mrs Bang boleh menjadi mentor kepada Mrs Gye untuk menjadi ibu yang terbaik buat Pal Gang.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 03:09 PM | Show all posts
Begitu juga di tempat kerja, sedikit demi sedikit penulis menunjukkan kepada penonton bagaimana stereotaip gender masih membelenggu mentaliti kehidupan sosial di Korea khususnya. Antaranya, di episod 1, kita boleh perhatikan pada turutan wakil pekerja SBC untuk klip ‘2016 SBCRecruitment’, Hwa Shin yang pertama, Mrs Gye kedua dan terakhir Mrs Bang. Kemudian, Mrs Gye persoalkan mengapa Hwa Shin yang pertama keluar untuk iklan tu, kenapa bukan dia? Sedangkan Mrs Gye lebih layak kerana Mrs Gye merupakan wartawan yang sangat berpengalaman malah kerjanya lebih bagus daripada HwaShin.

Melalui kejadian ini, penulis ingin menunjukkan bahawa masyarakat kurang memberi kedudukan yang lebih tinggi kepada wanita berbanding dengan lelaki. Malah ini adalah lumrah bagi masyarakat yang berbentuk patriarki yang memberi keutamaan kepada lelaki sahaja. Secara tidak langsung, penonton dapat merasakan betapa sukarnya kaum wanita Korea ingin survive dalam bidang profesional apabila perlu bersaing dengan kaum lelaki.

Sebab tu bagi nada, 24 episod sangat releven untuk JI, mungkin ada yang rasa sedikit draggy dan jalan cerita yang messy,tapi bila penonton cuba read between the lines, kita akan faham mengapa satu-satu masalah ditimbulkan oleh penulis, dan akhirnya kesemua masalah ni diselesaikan dengan baik.

Pada awalnya, pelbagai unsur stereotaip gender telah ditunjukkan dan bagaimana unsur ini masih membelenggu mentaliti masyarakat. Sepanjang JI berlangsung, penulis berjaya memecahkan unsur stereotaip ini, dan kemuncaknya penonton boleh lihat pada penghujung jalan cerita. Di akhir episod, Mrs Gye berjaya mendapat posisi ‘main anchor’ untuk slot berita jam 9 malam di samping Hwa Shin, sedangkan kebiasaannya, ‘main anchor’ diduduki oleh kaum lelaki sahaja. Ia sebagai simbolik di mana kesedaran terhadap masalah ini mula timbul, dan masyarakat sudah mula berubah fikiran terhadap isu stereotaip ni. Jika seorang wanita itu lebih layak untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi berbanding lelaki, maka berikanlah peluang itu pada yang lebih berhak.

Begitu juga dengan resolusi kerjaya Pyo Na Ri. Walaupun pada awalnya, penonton inginkan Na Ri menjadi pembaca berita yang berjaya pada masa akan datang. Namun Na Ri memilih untuk kekal sebagai pembaca kaji cuaca even pada tahun 2056. Sebelum ni, ada yang menganggap tugas pembacakaji cuaca tidak penting, hinggakan sangat susah untuk mereka mendapat jawatan tetap berbanding pembaca berita yang dianggap sebagai kerjaya yang lebih classy. Malah pembaca kaji cuaca perlu merendahkan dignity mereka dengan memakai pakaian yang menjolok mata serta menggunakan tubuh mereka untuk menarik perhatian penonton.

Na Ri kekal sebagai pembaca kaji cuaca pada tahun 2056 itu sangat signifikan dengan keseluruhan jalan cerita. Na Ri telah menunjukkan bahawa pekerjaan pembaca kaji cuaca mempunyai nilainya tersendiridan sama penting dengan kerjaya yang lain. Mereka tidak perlu lagi merendahkan dignity mereka, cukup dengan kewibawaan mereka dalam membuat slot cuaca itu sebagai salah satu unsur yang penting dalam kehidupan masyarakat. Situasi ini sama seperti sebuah hospital tidak akan berfungsi dengan sempurna tanpa jururawat, begitu juga dengan segmen berita, sebuah berita tidak akan lengkap tanpa laporan kaji cuaca.

Sebab itu, nada suka dengan dialog pertengkaran di antara Mrs Gye dan CEO SBC di episod 5 (selepas scene Na Ri & Jo Hee tak mahu beralah untuk segmen kaji cuaca tu). Dari dialog ni, kita boleh faham mengapa penulis memilih pembaca kaji cuaca sebagai kerjaya terakhir Pyo Nari walaupun pd tahun 2056.

Mrs Gye  : Sajang-nim!

CEO SBC : %%#^%^*&%^$%#&^&* (Mode membebel,takut rating jatuh la tu)

Mrs Gye  : So, what are you trying to say? You’re saying the same thing over andover and over. Will you talk until sun rises? The weather forecasters are within the newsroom, and the weather is the final slot in the news. This was an error while trying to make weather classier. Since when we need pad the butts and the chest and shorten the skirt more and more and make them stand sideways,use their body to point to Seoul, Daejeon, Daegu, Busan become the norm?Because men watch the news the most? Because you’re a man?

CEO SBC : $#$#%^&*^@#$^%& (Still tak puas hati dengan apa yang dah jadi dekat slot cuaca tu)

Mrs Gye : I’m not done yet. Please don’t interrupt. Don’t give me an attitudeand listen! If you keep interrupting, I’ll have to keep repeating myself. It’ll be torture for you. My point is both men and women can do weather. Appearance isn’t the priority. The attitude to relay the weather with dignity. That should come first. Understand? Are you okay? Hello?

CEO SBC : Toot toot toot, Sajang-nim terus letak phone….

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:12 PM | Show all posts
Edited by nada89 at 18-1-2017 03:13 PM

Haha, apalah yang nada bebel kat atas-atas ni kan. Tapi itulah apa yang nada dapat daripada JI ni. Disebabkan JI, nada dah baca beberapa buku dan tesis berkenaan stereotaip gender ni. Ia sangat menarik perhatian. Penulis sangat konsisten memasukkan unsur-unsur ini dalam plot,watak & perwatakan pelakon serta gaya bahasa dalam dialog pelakon.

Baru nada tahu, apabila bercerita berkenaan gender ni, ada satu bahagian yang menceritakan tentang bahasa lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya gaya bahasa lelaki dan perempuan sangat berbeza. Sebagai contoh,perempuan lebih banyak bercakap dengan ayat tanya, manakala lelaki lebih banyak menggunakan ayat penyata. Tapi kajian ni secara general lah, especially bagi negara-negara yang patriarki. Boleh refer scene ni, bila Hwa Shin tegur Na Ri sangat suka bercakap dengan ayat tanya.



Namun, apa-apa pun, semua ini sekadar pendapat nada sahaja. Itu yang seronoknya bila kita melihat sesebuah karya yang boleh membuatkan penonton berfikir dan menyatakan pendapat secara terbuka. Tiada pendapat yang salah atau betul. Masing-masing punya sudut pandang tersendiri. Rasa macam puas hati dapat tengok karya-karya macam ni kan, hihi.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:14 PM | Show all posts
Edited by nada89 at 18-1-2017 03:17 PM

Kesimpulannya, untuk menghasilkan cerita yang bagus, ia perlu mempunyai asas atau falsafah yang kuat untuk dibawa dari awal cerita hinggalah ke akhirnya. Jadi, penulis tidak ada ruang untuk membuat dialog yang merapu dan scene yang tidak perlu. Sama macam hidup kita sebagai Muslim, kita perlu hidup beragama, supaya kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menjerumuskan diri ke dalam api neraka.

Jadi, bila kita sudah merasai sebuah cerita yang baik seperti JI ni, kita akan mula mengomel bila kita tengok drama lain yang dialognya kelihatan kosong dan jalan cerita yang kadang-kadang kelaut.Huhu. Itulah apa yang nada rasa bila menonton filem bergenre Islamik di Malaysia ni. Bukanlah semua, ada beberapa filem yang bagus juga. Tapi kebiasaannya kulitnya jelas-jelas membawa mesej Islam, namun isinya pula seakan lari dengan falsafah agama itu sendiri, huhu.

So, JI menjadi ‘eye opener’ bagi nada untuk menonton lagi drama-drama yang bagus selepas ni. Jauh di sudut hati, nada cemburu dengan kebolehan penulis-penulis kdrama dalam menghasilkan drama yang menarik dan dalam masa yang sama mencerminkan kehidupan sebenar masyarakat. Nada harap suatu hari nanti, drama-drama melayu juga akan lebih berkualiti, walaupun sekadar adaptasi novel, jika diberikan sentuhan yang betul, ia tetap menjadi ingatan buat penontonnya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:23 PM | Show all posts
Haha, menjadi betul nada petang-petang ni, layankan jelah okay korang.

Antara scene yang nada suka dalam JI, kesemua scene yang 'parallel' antara Hwa Shin dan Na Ri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:24 PM | Show all posts
Contd...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 03:41 PM | Show all posts
Dan ni antara gambar yang nada suka tengok, penuh dengan emosi pulak,

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:45 PM | Show all posts
pauliza replied at 1-1-2017 11:50 AM
Congratulations to Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin , Go Kyung Pyo and Seo Ji Hye on their Top Excellent Ac ...

Haha tertinggal ketapi betul nada ni. Btw, tahniah kepada team JI. Nada dah agak dah mesti GHJ tak mai punya, hmm, takpelah..

Btw, siapa yang tanya tentang movie Missing, rasanya macam dah ada je dekat blog good drama. Nada belum tengok lagi, sebab belum ready nak membengkakkan mata ni, huhu

Bulan 2 ni GHJ ada next movie, 'Single Rider' dengan Lee Byung Hun kan. Hopefully succes lah okay unni, fighting!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 03:52 PM | Show all posts
Edited by nada89 at 18-1-2017 03:54 PM

Tahniah juga kepada JI sebab sangkut juga some awards di Cari ni, hihi. Sebab persaingan agak hebat juga kan, terutamanya drama daripada channel TVN dan lain-lain. Rata-rata blog yang review kdrama pun memang bersetuju bahawa Signal merupakan drama yang terbaik untuk tahun lepas kan. Hopefully nada ada masa untuk menonton Signal ni nanti

Alright habis dah royanan cik nada petang2 ni. Hope tahun ni lebih banyak kdrama yang best2

Btw, nada happy sangat dapat join thread ni, sebab banyak benda baru yang nada belajar, thank you everyone. Take care okay






Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nada89 replied at 18-1-2017 03:45 PM
Haha tertinggal ketapi betul nada ni. Btw, tahniah kepada team JI. Nada dah agak dah mesti GHJ tak ...

Iols dh tgk uols...

Tetiba mood rajin nk lyn movie...

Ok gak la movie tu...slalu movie koya slow melow smpai ngantuk tgk...tp missing okla...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:22 PM | Show all posts
wima replied at 18-1-2017 03:55 PM
Iols dh tgk uols...

Tetiba mood rajin nk lyn movie...

Yeke @wima,

Nada pun baca review orang je. Haha, tak dan lagi nak menontonnya. Orang kata kira okay jugalah ceritanya kan, walaupun ada part yang cliche. Cuma karakter GHJ dalam Missing ni mendapat pujian pengkritik filem kan. Happy bila ada yang recognise effort dia untuk keluar daripada watak kebiasaannya dalam drama.

Btw, dulu @dauswq ke siapa pernah tanya yang GHJ belum pernah berlakon saeguk kan. Katanya, dia ada dapat offer, tapi tak pastilah dia terima atau tak, huhu.. Yelah, saeguk kan tak habis2 asyik kena minum racun je haha, gurau je.


Gong Hyo Jin talks about Sageuk Drama.
In an interview, She asked whether she would like to challenge herself to do a historical/sageuk drama.
Gong Hyo Jin: "The proposal for the drama project has come in, but its a difficult genre to challenge."cr: FB GHJ International




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.462700 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list