View: 3580|Reply: 3
|
Ketahuilah Punca Kenapa Bro Kerap Mengantuk..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Mengantuk merupakan tanda isyarat yang ditunjukkan oleh sistem badan untuk kita bahawa badan kita nak berehat. Seringkali dikaitkan orang yang kerap menguap dan mengantuk ini adalah jenis “burung hantu”, iaitu orang yang kerap berjaga di waktu malam.
Muargghh! Mengantuknya! Tu la kau. Lewat malam orang dah tidurlah, kau pula pergi melepak sampai awal pagi.
Gejala ini dianggap biasa di kalangan orang muda yang memperlihatkan semakin lewat malam semakin agresif, akibatnya di waktu pagi, golongan terbabit pasti akan rasa mengantuk, namun padahal mereka dapat rehat dan tidur dengan secukupnya di waktu malam.
Berikut punca-punca seseorang kerap rasa mengantuk tanpa mengira waktu:
1. Terlalu banyak bersukan
Sukan dan bersenam sememangnya baik untuk kesihatan. Tetapi jika dalam sehari anda menghabiskan terlalu banyak jam untuk bersukan dan mengabaikan rehat, tubuh anda akan menjadi lelah dan lesu kerana telah membakar kalori yang sangat banyak. Umpama motor, makin kerap digunakan, makin kurang minyak dan akhirnya akan habis.
2. Makan berlebihan
Rasa mengantuk selepas makan adalah normal kerana sistem pencernaan anda sedang bekerja. Tapi jika anda makan terlalu banyak, mengantuk itu akan menjadi luar biasa, mungkin sampai anda tertidur di atas meja kerja. Ini kerana pengambilan kalori yang banyak menyebabkan tubuh anda menjadi malas. Jadi makan berpada-pada!
3. Dehidrasi
Kandungan air yang diperlukan tubuh kita adalah sekitar 60% ke 70% daripada berat tubuh. Jika kurang, ini bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan yang menyebabkan kelesuan. Amalkan minum 1 atau 2 liter sehari. Badan segar, muka pun ceria.
4. Anemia
Anemia ataupun gejala kurang sel darah merah dalam tubuh antara punca anda kerap mengantuk. Kekurangan darah merah menyebabkan badan anda kurang zat besi dan sel darah darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan pun turut berkurang, sehingga menyebabkan anda mengantuk.
5. Isomnia dan Sleep Apnea
Penghidap isomnia biasanya tidak dapat melelapkan mata walaupun dalam keadaan sangat letih dan mengantuk, biasanya disebabkan oleh amalan hidup tidak seimbang seperti merokok, hypertension dan minuman berkafien. Sleep Apnea pula ialah gejala berdengkur yang serius sehingga anda tersedak dalam tidur tanpa sedar.
Kedua-dua gejala ini diklasifikasikan sebagai gangguan tidur yang menyebabkan sistem badan tidak berehat, terutamanya otak dan hormo
Kedua-dua gejala ini diklasifikan sebagai gangguan tidur yang menyebabkan sistem badan tidak berehat, terutamanya otak dan hormon-hormon yang sepatutnya berkembang waktu malam terbantut.
Harus diingat, gaya hidup yang tidak seimbang dalam tempoh masa yang berpanjangan mungkin menjurus ke arah risiko menghidap penyakit amat tinggi, tambahan lagi bagi mereka yang mempunyai tabiat merokok dan minum minuman keras.
Justeru itu, buanglah amalan hidup yang tidak sihat demi cara hidup yang lebih terjamin.- CARI Infonet
sumber : http://khadijahbeautyshop.blogspot.my/2015/03/8-punca-kerap-mengantuk-penat-dan-letih.html |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu kat No. 5... |
|
|
|
|
|
|
|
kdng2 aku da cukup tido pun rs mengantuk jgk.
kalo pekena starbuck segelas mesti hilang rs mengantuk tu.
tp kepala otak plk mcm sebu jerk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 sebab otak letih berfikir. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|