View: 2166|Reply: 0
|
Minyak Ikan Beri Kesan Buruk Pada Lelaki?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Jika selama ini minyak ikan dianjurkan pengambilannya untuk kesihatan yang optimum, terutamanya menurunkan kolestrol dan mengelak sakit jantung.
Namun ada pendapat yang mengatakan kaum lelaki tidak digalakkan mengambilnya berlebihan.
Seperti yang dipaparkan menerusi Dailymail, adanya teori yang menyatakan minyak ikan boleh merosakkan DNA manusia dan menurunkan sistem imun.
Malah kaum lelaki yang banyak mengambil minyak ikan boleh meningkatkan risiko kanser prostat sebanyak 70 peratus.
"Hasil kajian ini amat mengejutkan kami memerlukan penelitian yang lebih lanjut untuk memahami apa yang menyebabkan hal ini terjadi," ujar Professor Malcolm Mason dari Pusat Kanser, England.
Ini menunjukkan semua yang diambil dalam pemakanan dan diet haruslah secara bersederhana sahaja. Setuju? - CARI Infonet
Sumber: Liputan6
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|