View: 3364|Reply: 24
|
[Tempatan]
3 tahun hidup bergelap tak mampu bayar bill electric.
[Copy link]
|
|

Che Abdul Roni bersama isterinya menunjukkan lilin yang digunakan setiap malam.
TUMPAT – Kemiskinan hidup memaksa sebuah keluarga di sini hidup bergelap selama tiga tahun selepas bekalan elektrik di rumah usangnya dipotong apabila bil tertunggak mencecah RM1,000.
Keluarga Che Abdul Roni Che Mat, 43, dan isterinya, Noremi Mat Ruzi, 38, serta enam anak mereka terpaksa mengharungi kepayahan hidup itu bertahun-tahun lamanya.
Che Abdul Roni berkata, kekangan kewangan memaksa dia hidup bergelap tanpa bekalan elektrik kerana tidak mampu menjelaskan bil tertunggak berkenaan.
Katanya, setiap kali tiba waktu malam, hatinya sayu melihat keadaan isteri meraba-raba memasak di dapur manakala anak-anak menyiapkan kerja sekolah diterangi lilin.
“Setiap malam kami terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi rumah kami. Mujur di tepi rumah kami ini ada lampu jalan, cahaya lampu jalan yang samar-samar ini dikongsi anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah,” katanya ketika di temui di rumahnya di Kampung Palekbang.
Che Abdul Roni berkata, hidup diterangi cahaya lilin juga mengundang bahaya kepada keluarganya kerana mempunyai anak bongsu yang masih kecil berusia setahun.
Katanya, sudah dua kali kejadian lilin terbalik dan nyaris membakar rumah ini tetapi bersyukur kerana hanya kebakaran kecil sahaja.
“Saya cuba mengumpul wang itu, tetapi dengan bekerja sebagai buruh ini, wang itu masih tak cukup. Nak makan pun tak cukup, inikan pula nak kumpul wang hampir RM1,000. Ini kali kedua bekalan elektrik di rumah saya di potong, kali ini tertunggak lima bulan,” katanya.
Menurutnya, Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga mereka sekeluarga berbuka puasa dalam keadaan gelap dan hanya diterangi cahaya lilin.
Katanya, anak-anak juga sudah lama tidak menonton televisyen dan dia sendiri pun tidak mengetahui perkembangan semasa.
“Rumah saya tiada barangan elektrik, tiada televisyen, tiada peti ais dan tiada telefon, kalau anak-anak nak menonton televisyen mereka ke rumah saudaranya,” katanya.
Che Abdul Roni bukan sahaja hidup bergelap malah keadaan rumahnya usang dengan bumbung bocor dan rantai reput. Keluarga ini adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...gelap-1.525368
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 26-5-2016 09:43 AM
200 je zakat sebulan?
dia ingt 2k agaknya.cukup tuk sbuln |
|
|
|
|
|
|
|
3min xde karen pon aku dh moyan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jiran yg perihatin..bole je smbung cable dari rumah dia..utk amal jariah letrik tu dia sedekahkan. masani la nk dpt pahala ..org kadang hanya sedekah bila time nk puasa promosi kt fb hidup gaza..idup pelestin idup syria sbginya..tapi jiran sbleh umah tk makan ..anak2 kecil kehausan di buat2 tk tau.
kebabian apakah ini..aku nak maki je manusia2 hipokrit ni semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Brp bill api rumah dia ni sebulan?
Outstanding rm1000, tertunggak 5 bulan
So sebulan bil api rumah dia rm200. Biar betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
Paknya muda lagi .. baru 43 tahun dan sempurna sifat. Tak perlu berlebihan simpati kerana ada lg yang lebih kesempitan hidup tp tak mengharap simpati orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 26-5-2016 10:20 AM
kalau jiran yg perihatin..bole je smbung cable dari rumah dia..utk amal jariah letrik tu dia sedekah ...
Godzilla di depan rumah tak nampak, kuman kat seberang laut nsmpak pulak konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya  |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya bil letrik sebulan...sampai 200 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sedara mara tak tolong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sya rasa lebih dr 5 bulan ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada penalti kan kalau kena potong letrik?
mungkin campur2 penalti bagai kot yang sampai hampir rm1000 tu..
macam tak logik pulak rumah kg sampai 200 sebulan..
|
|
|
|
|
|
|
|
mgkn dulu umah dia ada aircond...tp bila kene ptg bil dia jual aircond tersebut...
#husnuzon 
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai betul org susah kt mesia ni ek...sekurang2nya si bapa masih lg berusaha dan bekerja...rasanya si ibu tu masak la awal sket utk mkn malam contohnya pkl 6 pm masak la utk mkn malam...anak2 mana yg sekolah pagi tu suruh siapkan keje sekolah waktu siang...ntah la..kengkadang tu kita ckp je senang tp depa yg melaluinya...semua ni jadikan iktibar...dlm pada kegelapan x berletrik lahir gak sorg lagi anak ek umur setahun... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya xde penalty just bayar tunggangkan....
kebiasanya umah kg tak sampai byk tu......
kemunkinan tarif elektik naik....apa2 pon kesian kat depa...
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah kampung papan kalau pakai ekon memang ler melambung tinggi bilnya...
iols pun husnuzon ngan post uols...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|