|
Edited by af_mania at 26-6-2016 09:42 PM
Satu lagi sejarah peribadi dicatatkan Yuna apabila dapat pengiktirafan majalah Rolling Stone.
KUALA LUMPUR: Penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, menambah satu lagi koleksi pengiktirafan apabilaalbum terbaharunya, Chapters, diiktiraf antara album R&B terbaik setakat tahun ini.
Pengikitrafan itu diberikan oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi artikel 'Best R&B Albums of 2016 So Far'.
Dalam ulasan yang diberikan, Rolling Stones menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa.
Yuna katanya, hanya memerlukan satu atau dua lagu popular dalam aliran mainstream, untuk membolehkan dia mencipta nama yang lebih kukuh dalam kalangan peminat muzik.
Yuna, melalui akaun Instagramnya, meluahkan rasa terharu dan penghargaannya atas pengiktirafan itu.
Senarai 20 yang terbaik itu didahului oleh album Lemonade oleh Beyonce, selain turut menyenaraikan beberapa penyanyi seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger.
Rolling Stone merupakan antara majalah hiburan dan pop culture paling popular, dan diterbitkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara.
|
|