View: 4825|Reply: 43
|
Kes Kematian Ketiga Jangkitan Bakteria Difteria: Kanak-kanak Sabah Berusia 3 Tah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Sabah telah meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria, dan ini merupakan kes kematian ketiga sepanjang bulan Jun yang berlaku di negara kita akibat jangkitan bakteria difteria.
Berdasarkan laporan Oriental Daily News, pengarah kesihatan negeri Sabah, Dr. Christina Rundi mengesahkan mangsa tiada keupayaan imuniti terhadap bakteria difteria.
Setakat ini, negara kita telah terdapat 11 kes jangkitan bakteria difteria, antaranya sebelum ini kes kematian bagi 2 orang kanak-kanak yang masing-masing berasal dari Melaka dan Kedah.
Selain itu, pengarah jabatan kesihatan Terengganu Mohamad Omar sebelum ini pernah memaklumkan, gejala penyakit yang berjangkit di Terengganu ada menunjukan peningkatan, ini dipercayai berhubung kait dengan tindakan ibu bapa yang enggan mendapatkan imunisasi vaksin lima serangkai untuk anak-anak mereka.
Difahamkan, ibu bapa terbabit bertindak sedemikian adalah berikutan alasan kepercayaan agama dan alasan peribadi.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sabah ni dia x bgtau pon kanak2 tu local ke pendatang...sabah ni sgtlah ramai pendatang.huhu...smg anak aku dilindungi dr penyakit2 pelik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit ni bukan pelik.
Dah mmg ada dari dulu.
Lahanat mana agaknya yg jadi pembawa.
Sebar merata sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.themalaymailonline.co ... t-difteria-di-sabah
KOTA KINABALU, 29 Jun ― Malaysia merekodkan kematian difteria ketiga hari ini selepas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dari Menggatal, 20 km dari sini, dilaporkan maut.
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi mengesahkan kes itu dan kanak-kanak berkenaan tidak menerima imunisasi.
Namun katanya, ia merupakan kes terpencil dan tiada tanda-tanda penularan wabak.
“Kematian disebabkan difteria namun tidak merebak. Ia merupakan kes difteria terpencil di negeri ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut kematian berkenaan.
Kanak-kanak itu meninggal pada Isnin selepas dimasukkan ke Hospital Ibu dan Anak di Likas dan kemudian dirawat pakar kanak-kanak.
“Penyakit itu dapat dicegah dengan vaksinasi. Masyarakat mempunyai sebab tertentu tidak memberi vaksin kepada anak-anak mereka.
“Kes seperti ini harus membawa kesedaran kepada masyarakat,” kata Dr Rundi.
Dua kanak-kanak lain meninggal dunia bulan ini di Kedah dan Melaka akibat difteria, sebuah jangkitan bakteria yang senang berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, namun boleh dihindarkan dengan imunisasi. Kesemua mereka tidak menerima imunisasi lengkap.
- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.KyGv0no0.dpuf
Ini tak tahu sama ada kepercayaan agama, tidak ada kesedaran ataupun tiada akses kpd vaksin (PATI) |
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak kalau anak antivaxx yang kena difteria ni diaorg still bg makanan sunnah x?sapu je madu dekat tekak tu |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku age 6 thn..dulu tader cucuk 5 serangkai ni...yg ada 3 serangkai...
tu dah termasuk jugak kan..?
ke kena pi cucuk yg lain..? mean additional jabs utk diffteria ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung-ujung hantar Hospital Likas jugak sis lepas nampak anak terkapai kapai menahan maut
Bila mati, barulah menyesal tak berguna
|
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:37 AM
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tidak-dapat-vaksin-anak-kecil-ketiga-maut ...
Apa maksud dia kes terpencil?ramai gak dah mati kat sabah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mokcikKSKB at 30-6-2016 10:51 AM
koko2 replied at 30-6-2016 10:40 AM
anak aku age 6 thn..dulu tader cucuk 5 serangkai ni...yg ada 3 serangkai...
tu dah termasuk jugak k ...
Dulu anak ko cucuk kat K.kesihatan ker? Vaccine lima serangkai ni
Dtap- difteria,tetanus, pertussis; Ipv-polio hib-influenza vaccine type b
Dilu bg 3 serangkai..yg lain2 tu bg individual..aku tgk bukunkesihtan anak aku. Cuba check bukunkesihatan anak kau... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 kes di Sabah sis, satu mati dua selamat
Perkataan 'terpencil' biasa digunakan oleh pihak berkenaan untuk merujuk kpd kes yg terkawal @ ataupun tidak mahu menyebarkan panik kpd orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gossip whatsapp kata ibubapa mangsa antivaxx sebab takut ada DNA babi sis
Entah ummah isle atau SDA (dlm whatsap sy ummah SDA pun ada yg antivaxx)
|
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:45 AM
Dah 3 kes di Sabah sis, satu mati dua selamat
Lokal ka pilak? Macam lokal saja... |
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:47 AM
Gossip whatsapp kata ibubapa mangsa antivaxx sebab takut ada DNA babi sis
Entah ummah isle atau ...
SDA sbb depa x mkn babi kan? Ommo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SDA konservatif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan? geng SDA pun lagilah banyak pantangnya sis
|
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:49 AM
Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SD ...
Ada x ummah pilak yg dapat? |
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:49 AM
Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SD ...
Tengok berita pun menjurus ke arah lokal saja. Kalau budak yang mati tu dari Semporna ka, Sandakan ka, kompom2 cepat ja sa tuduh pilak. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak yg di Felda Tawau tu tidak jelas kewarganegaraannya sis. Sana kan banyak PATI pekerja ladang. |
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite diorg rendam baby dgn habatus sauda..... sambil tawakal...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|