View: 5168|Reply: 45
|
Kejam! Suami-Isteri Didakwa Dera Anak Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: Bharian.com
Terjadi lagi kes kanak-kanak maut akibat didera dengan kejam oleh ibu bapa sendiri!
Siang tadi, sepasang suami isteri dari Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa bulan lalu.
Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isteri, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin yang juga adik kepada Fathin Nur Athirah di sebuah rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, di sini, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.
Hazwanie kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.- CARI
sumber berita: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Haa...betul pun si kakak mangsa br 21
Apasal dlm paper masa mula2 kes ni dl ckp dah 26
News skrg ni main2 je pasal facts |
|
|
|
|
|
|
|
konpius aku...arwah tu anak atau adik isteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
muda2 dah masuk penjara....padan muka. semoga istiqomah dalam tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan budak tu..kecil tk.tau apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu. Nape kalau satu citer viral mesti citer yang hampir sama keluar macam musim. Mungkin tengok pada wartawan. Padahal, dari dulu lagi ada kes jenayah macam ni.
Tapi bagusla. Atleast dapat bagi kesedaran kepada masyarakat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik diaaa wahaii TT
Bukan anak
Tolong betulkan.
Nk copy paste berita pun biar lah btul2
Ank depa elok sihat |
|
|
|
|
|
|
|
iqbalriad replied at 8-9-2016 05:51 PM
konpius aku...arwah tu anak atau adik isteri..
Tu lah pasal. Kejap anak kejap adik. Yg betolnya adik bukan anak |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih bebanyak pearl....ko mmg winnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun kompius jugak baca ni. Bukak ler muka tu, dengan budak kecik berani sangat : |
|
|
|
|
|
|
|
Binawe punye binatang, taw lak malu bila dah kena tangkap. KimK sgt kedua2nya. |
|
|
|
|
|
|
|
TT tolong betul kan tajuk
Kakak Dan Suami Didakwa Bunuh Adik Kandung
DUNGUN, 8 Sept (Bernama) -- Seorang kakak dan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh adik perempuannya di rumah pasangan itu di sini.
Tertuduh, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, dan suami, Muhammad Hafiz I.D. Osmera, 21, dituduh secara bersama membunuh Nadzirah Nur Safiah berumur dua tahun tujuh bulan.
Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut antara 30 Julai 2016 hingga 29 Ogos 2016 di rumah No 5, Lot 1560, Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, Dungun.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. What were they thinking dera adik sampai mati? |
|
|
|
|
|
|
|
Dungun: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan.
Tertuduh, Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isterinya, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin, 2, yang juga adik kepada tertuduh wanita di rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman manakala tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Hazwanie menetapkan 9 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, Dungun pada 30 Ogos lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeng nya laa wartawan cari ni. teruk betul pemahamannya. ke mmg tak baca main sauk je asal dpt post berita? |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan tak cari mak dia ke?
Temuramah le mak pak dia...tanya knp tgalkn ank ....
Kat ganu dah tak de keja ke?... |
|
|
|
|
|
|
| |
|