|
oleh Adib Za
Pelakon Datuk Rosyam Nor kini dilihat sibuk membantu kempen yang dipanggil World #QuranHour, mengajak seluruh umat Islam di seluruh negara untuk membaca al Quran pada hari Ahad ini.
Dalam pada itu, menerusi temubual bersama Mstar Online, Rosyam, 49 tanpa berselindung mengakui sebelum ini telah lama meninggalkan al Quran, dan hanya pada usia 45 tahun dia mula belajar kembali.
"Berpuluh-puluh tahun saya tinggalkan Al-Quran dan berjinak-jinak kembali masa umur saya 45 tahun. Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh membacanya," katanya.
Semalam, Rosyam menyertai misi berjalan kaki sejauh 47 km bagi mempromosikan World #QuranHour itu.
"Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan ingin saya tegaskan kempen ini bukan untuk menagih sebarang publisiti sebaliknya ingin menyeru orang ramai agar memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun hanya satu jam," terangnya.
Anda semua dialu-alukan menyertai #QuranHour pada hari Ahad ini selama satu jam, bermula jam 9 pagi bersempena hari wukuf di Arafah. - CARI
Sumber: Mstar Online
Foto: Carian google
|
|