12 Ogos lalu merupakan Hari Ibu di Thailand, walaupun pada hari itu berlaku banyak insiden pengeboman di beberapa tempat tersasar, namun masih banyak sekolah tetap mengadakan aktiviti sambutan hari ibu.
Kelihatan banyak keluarga tunggal bawa anak hadir ke aktiviti tersebut yang bertujuan memberi peluang kepada para ibu berinteraksi dan mempereratkan lagi hubungan dengan anak.
Sehubungan itu, seorang ayah disebabkan tidak sampai hati melihat anaknya kecewa, maka senjaga berpenampilan rupa wanita, dengan "menyamar seperti ibu"untuk hadir ke aktiviti sambutan hari ibu anjuran sekolah anaknya.
Tindakan ayah tersebut menerima pujian, selepas gambar samaran itu dimuat naik di status facebook oleh seorang netizen dan hasilnya tersebar meluas di media sosial.
Menurut laporan media Thailand, rata-ratanya memberi komen penghargaan terhadap ayah tesebut, dan menganggap lelaki itu seorang "ayah yang sempurna".
Daripada paparan gambar, kelihatan lelaki tersebut sedang menemani anaknya dalam majlis sambutan hari ibu anjuran sekolah dan menyertai bersama ibu-ibu yang lain dalam permainan yang disediakan.
Netizen tersebut berpendapat, walaupun budak perempuan itu membesar tanpa kasih sayang ibunya, tetapi kesanggupan ayahnya mengambil peranan ibu membolehkan budak tersebut turut dapat merasai kebahagian kekeluargaan berikutan mempunyai ayah yang penuh dengan kasih sayang.- CARI