Siaran program televisyen di Indonesia yang melaporkan berhubung ratusan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran itu masuk secara haram ke daerah Tawau selepas merasuah pihak berkuasa Malaysia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.
Menurut Asisten Komisioner Fadil Marsus, pihaknya telah melihat rakaman video daripada program televisyen berbentuk siasatan dipercayai terbitan TransMedia Indonesia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dakwaan program TV tersebut.
"Tindakan akan diambil jika wujud salah laku membabitkan elemen PDRM seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) atau mana-mana pasukan dan kesahihan video program tersebut juga akan disiasat."
Sejak semalam, beberapa portal berkongsi pautan serta rakaman didakwa sebuah program televisyen berbentuk siasatan di Indonesia yang mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan PATI mendarat di daerah Tawau setiap hari.
Wartawan Indonesia itu juga menyamar sebagai tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk masuk secara haram ke Malaysia melalui Tawau, selain menyelongkar bagaimana perjalanan PATI dari negara jiran itu dipermudahkan dengan memberi rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini.
Difahamkan, program berkenaan dirakamkan dalam tempoh antara Jun hingga Julai lalu yang membabitkan dua orang wartawan warga Indonesia dari stesen tv berkenaan- CARI
maaf cakap bray, gw bukan orang miskin bray. alhamdulillah bokap gw punya usaha bisnis bray. ada rumah kost, ada rental mobil bray. nyokap gw bikin usaha catering bray.