CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37124|Reply: 312

Awie dan Sharifah Ladyana bernikah, Lagenda Awie Keturunan Raja Siam

[Copy link]
Post time 7-10-2016 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 13-10-2016 12:13 PM
UPDATED



Awie & Sharifah Ladyana Selamat Bernikah Di Lokasi Rahsia
Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 2:30 PM

Awie bergelar suami kepada Sharifah Ladyana. Foto: BH Online


PETALING JAYA: Penyanyirock Awie selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada kira-kira 12.10 tengah hari pada Jumaat.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bersama pasangannya itu bernikah di sebuah lokasi yang dirahsiakan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Pada majlis berkenaan Awie memakai baju berwarna hitam dengan selempang dan tanjak berwarna kuning. Manakala pengantin perempuan mengayakan baju kebaya berwarna serupa.

Majlis resepsi pasangan berkenaan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat di lokasi yang sama iaitu di sebuah kawasan pantai.

Awie meminta lokasi pernikahannya dirahsiakan kerana bimbang ada pihak-pihak yang akan melakukan sabotaj terhadap majlis bahagia beliau itu.

Awie telah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 3 Jun lalu.

Sebelum ini Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurnaikan tiga orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.

Selepas perkahwinan itu, Awie berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand dengan  Rozana Misbun, 38, pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.

Pada 1 November 2014, Rozana dilaporkan berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik terhadap Awie dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand.

Kes pengesahan perceraian mereka masih lagi berjalan di mahkamah syariah dalam negara.

Gambar-gambar










Kad Jemputan Kahwin. From Songkla with Love.









kemain lagi.

semoga berbahagia hingga ke anak cucu


Note:

Akan diupdate dari masa ke semasa





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 12:16 PM | Show all posts
motip bertanjak bagai.. baru sesi nikah je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pakaian kuning bagai.. mengelakkan sesuatu yg mistik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 7-10-2016 12:18 PM
pakaian kuning bagai.. mengelakkan sesuatu yg mistik ke?

Hhahahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah uptodate nya tt.

Tahniah awie. Moga ini yg terakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:22 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 7-10-2016 12:18 PM
pakaian kuning bagai.. mengelakkan sesuatu yg mistik ke?

macam nak terima penganugerahan darjah kebesaran ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kuning laaa baru tak kesurupan gangguan mistik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:27 PM | Show all posts
waaaa....murah nya jodoh yer...
mmg ada org x kisah, mudah jerk..move on..
hari ni cerai, sok kawin..
artis ke, bukan artis ke... sama jerk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 12:30 PM | Show all posts
Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 7-10-2016 12:18 PM
pakaian kuning bagai.. mengelakkan sesuatu yg mistik ke?


Dalam kepala tetiba terlintas perkataan kurafat. Maap awie.  

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:37 PM | Show all posts
pesal pakaian nikah sebegituh mu awie???over plak..

ngan rozana kemain simple .. kawin lari katekan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cun jugak isteri nya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:39 PM | Show all posts
jgn tumbuk bini lg tau....

selamat menikmati nikmat persetubuhan

n

selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:39 PM | Show all posts
dia kan ayahanda haruslah pakai bertanjak kuning bagai *roll eyes*

Selamat pengantin baru. isteri adalah untuk disayangi, bukan untuk dijadikan punching bag.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai pendinding abang awie. Kelass.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:46 PM | Show all posts
selamat bernikah awie. moga sampai tutup mata.
jadilah suami yg baik baiknya isteri cerminan suami....

ayahnda katakan...baju dah macam hulubalang bawak cokmar gituu..

kalau takut ganguan mistik jgnlah pakai baju itam..ko dah knapa? time dgn rozana pun baju hitam cuma takde kuning je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 12:48 PM | Show all posts
Semuanya poyoooooo

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm org nak bersilat pun ade gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:49 PM | Show all posts
harap 2 tak de la sesi turun naik court ye....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:51 PM | Show all posts
apasal x nampak gambar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 1.131462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list