Sumber Foto: IG Sharifah Sakinah
Gara-gara satu gurauan oleh kakaknya Sharifah Shahirah, habis semua peminat salah sangka yang Sharifah Sakinah benar-benar mengandung.
Kerika dihubungi Harian Metro, pelakon cantik ini menafikan tentang khabar tersebut dengan memberikan penjelasan kembali.
"Saya tak hamil.Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius."
Sumber Foto: IG Shieraijoy
Disebabkan kapsyen yang ditulis pada gambar yang dimuat naik tersebut membuatkan para peminat berasa teruja dan terus dihujani dengan beratus-ratus komen dengan ucapan tahniah.
Menurut Sakinah yang sebelum ini sudah mengalami keguguran, dia menyerahkan soal zuriat segalanya kepada Tuhan.
“Saya percaya aturan Allah jauh lebih baik daripada apa yang dirancang. Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Sumber Foto: IG Sharifah Sakinah
Sakinah telah berkahwin sejak 28 Mac tahun lalu dengan seorang juruterbang, Aliff Adha, 28. -CARI |