|
|
Penulis kdrama terkenal Kim Eun Hee mengumumkan projek drama terbaru nukilannya berkonsepkan suspens thriller dengan berlatarbelakangkan saeguk (zaman Joseon).
Kim Eun Hee secara berseloroh berkata , " lotnya masih belum diatur. Jadi, saya tak boleh dedahkannya buat masa sekarang. Tiada yang diputuskan melainkan sudah pasti drama ini adalah drama saeguk. Perancangannya adalah untuk tahun depan tapi untuk siapkannya bukan satu yang senang. Sekiranya sudah pasti, saya akan maklumkan. "
Pada tahun 2016 ini, Kim Eun Hee sebagai penulis #signal menyapu bersih anugerah #bestscreenplay di Baeksang Art Awards, tvn 10 drama Awards dan apan drama awards selain tercalon dalam korean drama awards. Produksi drama baru ini semestinya sangat-sangat dinantikan oleh peminat kdrama semua dan akan direbut 3 saluran televisyen besar- KBS, SBS dan MBC . - CARI
Kredit foto - dramabeans
|
|