View: 13189|Reply: 45
|
Asid Dibalas Asid, Lelaki Terima Balasan Selepas Simbah Asid Kepada Budak Peremp
[Copy link]
|
|
Menjadikan asid sebagai 'bahan mainan' menyebabkan orang lain terseksa fizikal dan mental, pesalah dijatuhkan hukuman setimpal.
Seorang lelaki Iran dibutakan matanya sebagai hukuman menyimbah asid ke wajah seorang kanak-kanak berusia empat tahun menyebabkannya kehilangan upaya penglihatan.
Menurut Mail Online, Ketua Hal Ehwal Jenayah bagi pejabat pendakwa Tehran berkata, Mohammad Shahriari, pada tahun 2009, lelaki itu menyimbah asid ke muka seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Sanandaj sehingga menyebabkan mata kanak-kanak itu buta.
"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar," katanya.
Tahun ini, ia adalah kali kedua Iran melaksanakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan dalam negara Islam itu.
Walaupun Undang-undang itu merupakan sebahagian daripada kod syariah Islam, pelaksanaannya dikecam kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.
"Hukuman sebegini adalah 'terlalu kejam'," kata seorang penyelidik.
 Sumber foto: The Guardian
Mangsa bagaimanapun berhak memilih hukuman untuk dikenakan ke atas penyerang mereka yang selalunya dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi.
Pada 2011, salah satu mangsa yang menjadi buta akibat serangan asid beberapa tahun sebelum itu, Ameneh Bahrami, menggunakan hak tersebut, yang didakwanya tidak mahu penyerangnya mengalami derita yang sama.
 Sumber foto: AFP
Manakala awal tahun ini, seorang lelaki Iran dilaporkan buta sepenuhnya akibat hukuman kesalahan menyimbah asid kepada seorang pemandu teksi pada tahun 2009.
Lelaki itu, Mojtaba Saheli, 31, sebelum itu dibutakan mata kiri dengan menggunakan asid pada tahun lalu, kini sedang menjalani peringkat kedua dan terakhir hukuman pemusnahan mata kanannya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah mendapat gigih sangat buat orang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Elok fair & square org nk buat org lain pun jd fikir byk kali takut tkena dia semula |
|
|
|
|
|
|
|
kerlass...x puas hati je simbah acid  |
|
|
|
|
|
|
|
Amekaw!! An eye for an eye sangaddd |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati macik membaca  |
|
|
|
|
|
|
|
buat jahat jangan sekali,..kan dah merasa asid ke muka sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Cash sgt laa
Apa yg zalimnya, setimpal gituu... Padahal budak tu mesti lagi sakit |
|
|
|
|
|
|
|
alah kesian tengok wajah dlm gamabr tu tp lagi kesian dekat budak 4 tahun ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hak asasi apanya.. yg kena simbah asid tu takde hak asasi ke. Mmg patut pun jatuhkn hukuman setimpal. Masa buat tak fikir pulak. Nak kena jatuh hukum baru nak fikir hak asasi bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Hak asasi apanya.. yg kena simbah asid tu takde hak asasi ke. Mmg patut pun jatuhkn hukuman setimpal. Masa buat tak fikir pulak. Nak kena jatuh hukum baru nak fikir hak asasi bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku mmg ptt la.. sape srh ko simbah asid kat muke org.. mendapatla.. |
|
|
|
|
|
|
|
setimpal.....
hukuman orang yang merodok pon patut di rodokkk sekali....trmasuk org yg wat meme di rodok....seharus di rodok sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
|