Selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu, Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk memberhentikan perkhidmatan seorang pegawai, Muhammad Nazrin Abdullah.
Sumber foto: Carian Internet
Melalui kenyataan media di laman sosial Facebook SPRM, keputusan memberhentikan perkhidmatan pegawai tersebut berkuatkuasa 1 November 2016.
"SPRM memandang serius kejadian tersebut dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi," kata Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme).
Heboh di media serta laman sosial baru-baru ini apabila seorang ibu muda, 22, dan anak lelakinya trauma akibat dibelasah suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM selain dimaki hamun sejak seminggu mereka mendirikan rumah tangga tahun lalu. - CARI |