Sumber Foto: Berita Harian
Di Shanxi China, sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas ketua polis di pedalaman Mongolia.
Tertuduh disabitkan kesalahan rasuah, membunuh dan memiliki senjata api serta bahan letupan.
Memetik laporan agensi berita rasmi Xinhua, mahkamah di Taiyuan City di wilayah utara Shanxi, Zhao Liping, 65 didapati bersalah membunuh seorang wanita yang dikenali sebagai Li pada Max tahun lalu.
Mangsa yang dipercayai perempuan simpanannya telah ditikam dan ditembak sebelum dibakar selepas mangsa mengugut untuk mendedahkan tingkah laku buruknya.
Selain itu, Zhao Liping juga menerima dua juta yuan (RM1.2 juta) suapan semasa berkhidmat sebagai ketua polis Mongolia pada 2008-2010 dan menyimpan 91 peledak di pejabatnya. -CARI |