View: 5184|Reply: 22
|
Burger Prosperity McDonald's Kembali Lagi, Pasti Mencengkam Deria Rasa Anda
[Copy link]
|
|
Siapa yang tak tertawan dengan keenakan Burger Prosperity daripada McDonald's? Paling mengujakan bila ia HANYA dibawakan pada masa terhad dan pasti buat semua orang tertunggu-tunggu.
Hujung tahun tiba lagi dan ini bermaksud, Burger Prosperity kembali lagi di McDonald's! Wow! Apa yang menariknya, untuk tahun ini, Burger Prosperity Daging dan Ayam ditawarkan pada waktu yang sama!
Ya, promosi kali ini membawakan kedua-dua hidangan burger ayam dan daging yang pasti membuatkan anda rambang mata. Pada masa ini jugalah anda boleh meraikan momen indah bersama insan tersayang termasuklah ahli keluarga, rakan, cinta hati dan semualah!
Mungkin ramai yang tak tahu, Burger Prosperity telah menawan seluruh rakyat Malaysia sejak 24 tahun lalu! Bukan satu jangka masa yang pendek! Mengapa agaknya?
Sudah tentu rahsianya terletak pada resipi dan hidangan patty ayam dan daging yang tersendiri itu. Bayangkan, ia disalut dengan sos lada hitam yang enak. Ditambah dengan taburan hirisan bawang yang segar dan roti bijan yang gebu. Slurp! Terliur dan lapar terus dibuatnya!
Nak lebih kepuasan? Pesan sahaja Double Prosperity Burger. Gabungan dua kepingan daging dalam satu hidangan. Aha, sesuai buat anda yang suka dengan hidangan besar dan berganda! Tak mengapa, bukan selalu dapat pun Burger Prosperity. Sesekali, masa inilah nak nikmatinya sepenuh jiwa, bukan begitu?
Bukan itu sahaja, hidangan prosperity kali ini turut dilengkapkan lagi dengan adanya kentang Twister dan juga Prosperity McFizz yang menyegarkan. Memang terbaiklah set Burger Prosperity kali ini.
Berita baik juga buat anda yang tiada masa untuk keluar atau malas nak bersesak-sesak di jalan raya, apa yang susah sangat? Pesan sahaja McDelivery secara online. Hanya perlu daftar dan pesan apa sahaja menu kegemaran anda. Layari https://www.mcdelivery.com.my/my/
Paling syok, buat anda yang gemar memesan penghantaran McDonald's, anda boleh memesan set promosi 'bundle' yang menggabungkan dua Prosperity Burger, bersama satu hidangan burger lain, dan kentang Twister serta Prosperity McFizz.
Sangat berbaloi set 'bundle' ini, bolehlah dimakan beramai-ramai. Jimat, pun jimat sehingga RM15.80 penjimatan! Menarik, bukan?
Sempena kembalinya Prosperity Burger ini juga, anda boleh memesan variasi pencuci mulut yang eksklusif seperti Hot Cakes dan Groovy Lime.
Kenapa anda patut cuba Hot Cakes dan juga Groovy Lime? Kedua pencuci mulut ini hanya didatangkan dalam masa terhad sahaja, bersempena dengan promosi Prosperity Burger.
Sebab itu, jangan ketinggalan untuk merasai Hot Cakes yang gebu ini ya. Tambah menggiurkan bila ia dimakan dengan sundae vanilla dan anda boleh memilih sendiri topping coklat, strawberi atau pun limau yang meleleh persis lava.
Begitu juga dengan desert Groovy Lime. Kesegaran limau yang dicampur bersama Nata de Coco boleh dirasai menerusi Lime Sundae atau pun Lime McFlurry. Rasailah sensasi masam manis limau yang sangat segar dan eksotik gitu.
Selain itu, terdapat juga pencuci mulut baharu yang menambahkan lagi kemeriahan hidangan di McCafé®. Cheesecake perisa strawberry dan Reese's pastinya menggoda deria rasa anda.
Apa tunggu lagi, hanya untuk masa terhad sahaja, segera dapatkan Burger Prosperity ini dan nikmatinya bersama insan tersayang!
Maklumat lanjut, layari http://www.mcdonalds.com.my/prosperity/ |
|
|
|
|
|
|
|
meleleh air liur tgk gmbr ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah enak bila dimakan tanpa bawang yg sama tebal dengan isi daging itu. |
|
|
|
|
|
|
|
area iols senantiasala sold out prosperity daging..mlm td menziarah d mcd makan ayam sajork.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru makan minggu lepas..
makin kecik jah burger nya..
sos pun tak meleleh..
satu hal pulak kena gi request tambah sos..
tak jaga kualiti betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry..makanan tak sihat..bye |
|
|
|
|
|
|
|
macam sodap je kek tuh.....
sodap nyaaa burgerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
wow, naseblah aku makan bnyak pun xgmok2. leh la mentekedarah kekgi. |
|
|
|
|
|
|
|
baru je mkn smlm.tapi lom try mcflurry limau lagi...macam sedap je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah try. sedappppppppp! tapi now i dah slowly nak stop makan mcd. badan i macam badak sbb almost hari hari drive thru |
|
|
|
|
|
|
|
setuju
|
|
|
|
|
|
|
|
2x mkn kat outlet berlainan..kat 1b fries dia mcm terlebih rempah..dkt api2 centre black pepper sos telampau byk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut tempat jugak kot ni. I tetap setia dgn spicy chickwn mcdeluxe |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap kali nak CNY timbul le ia |
|
|
|
|
|
|
| |
|