|
NASIHAT APABILA MENGHADAPI BANJIR
WRITTEN BY FOON WENG LIAN
TUESDAY, 22 NOVEMBER 2011 03:54
Persediaan Sebelum Banjir:
Elakkan daripada membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat;
Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
Apabila Berlaku Banjir:
Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
Ikuti arahan pihak berkuasa;
Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.
Selepas Banjir Reda:
Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan daripada meminum air yang telah tercemar;
Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
Jika terserempak dengan haiwan liar/berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.
Dipetik daripada Portal Banjir. Layarilah http://portalbanjir.mkn.gov.my/ untuk maklumat banjir yang terkini.
Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Tip yang berguna... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-1-2017 07:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by seribulan at 24-1-2017 06:36 PM
Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah سبحانه وتعالى untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
[size=37.8956px]http://tazkirahdaily.blogspot.my/2016/12/doa-menghadapi-bencana-banjir-dan-mohon.html?m=1
aL-Laa-hum-ma ha-waa-lay-naa wa laa ‘a-lay-naa. aL-Laa-hum-ma ‘a-lal aa-kaa-mi wal- ji-baa-li, wazh zhi-roo-bi, wa bu-thu-nil Aw-di-ya-ti, wa ma-naa-bi-tisy-sya-jar. .
Jika sesuatu kesukaran itu datang, maka doalah kepada Allah سبحانه وتعالى agar ia dipermudahkan atau disegerakan berakhir
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya satu negara nonstop raining for 3 days at least..
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info... baru lepas kena banjir ... tumah pom baru siap kemas tinggal kain jer yg xsiap dobi lagi .. aperpon mesti peka ngan update semasa.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nice tips SM seribulan..keep it up..huhuu ;-) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 14000 dipindah seluruh negara, 9000 di Johor... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the sharing |
|
|
|
|
|
|
|
....Makanan utama mangsa banjir: sardin, roti, air mineral. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simpan telur .. xde beras pon kalu makan telur dapat tenaga ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
If u have small kids..stock up formula milk byk2..sgt2 diperlukan bila banjir yg terputus bekalan..org besa bole bertahan..anak2 kecik? Sdey wei |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tips yg baik...harap2 ibu bapa dpt gunakan dgn sebaiknya bg mengelakkan berlakunya perkara yg tidak baik kerana malang tidak berbau... |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Yang penting, ikut arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama sepenuhnya Sebab saya selalu jadi Jawatankuasa Bencana dan kadang2 nak kawal/selamatkan semua mangsa banjir agak payah dalam keadaan yang huru hara mcm tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perhatikan persekitaran. Biasanya kt akan tau jika kawasan kt akan banjir jika hujan yg berterusan selama beberapa jam. Jd kena lebih berhati2. Jika hujan lebat di tgh mlm, mungkin kt perlu bangun dlm jam tertentu utk periksa paras air. Jika boleh simpan no pihak terlibat utk melaporkan banjir supaya senang utk mereka menghantar bantuan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu pengalaman banjir besar kat kuantan. Barang basah semua habis kat supermarket.. supplier xdpt supplies BRG basah contoh macam ayam.. so. Kitorang kat rumah makan nasi dgn ikan bilis je.. tu je y Ada kat rumah.. nak bungkus makanan kt luar x berapa berani takot air Yang digunakan x bersih.. and memang sangat susah nak Cari kedai makan Yang beroperasi.. so. Tips dia selalu la Ada stock2 makanan kering kt rumah.like Sardin or Maggi u keadaan2 emergency ni.. makanan cmni nak makan selalu x elok.. simpan untuk Saat2 emergency.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tips yang sangat berguna memandangkan saya dtg dari pantai timur...stok makanan adalah sangat penting |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd-
Berdoalah supaya musibah yang sama tidak menimpa kita.
Dari Ibnu ‘Umar, dari bapaknya ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ رَأَى صَاحِبَ بَلاَءٍ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى عَافَانِى مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِى عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً إِلاَّ عُوفِىَ مِنْ ذَلِكَ الْبَلاَءِ كَائِنًا مَا كَانَ مَا عَاشَ
“Siapa saja yang melihat yang lain tertimpa musibah, lalu ia mengucapkan,
‘Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa’
Artinya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.
Kalau kalimat itu diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (HR. Tirmidzi, no. 3431; Ibnu Majah, no. 3892. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini dha’if dan penguatnya, syawahidnya juga dha’if. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Bacaan lanjut: https://rumaysho.com/14975-doa-k ... -atau-penyakit.html
Semoga mangsa2 banjir Pulau Pinang, Kedah dan Perak dipermudahkan segala urusan. mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|