Satu video rakaman CCTV memaparkan seorang wanita sedang merangkak di depan rumah jirannya mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Mangsa yang mula menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan rakaman CCTV ternyata terkejut melihat jirannya sanggup melakukan perkara keji itu.
PATUTLAH pokok bunga yang ditanam dalam pasu depan rumah dikatakan asyik mati sejak 5 tahun lepas. Rupanya-rupanya ada makcik jiran sebelah yang busuk hati kantoi sanggup datang terbongkok-bongkok tuang racun dalam pasu bunga.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa, sewaktu pemeriksaan CCTV pada tarikh 16 Januari 2017 yang lalu, sekitar jam 5 petang, dia melihat seorang perempuan yang dikenali sebagai jirannya bernama Ina telah menghampiri pokok bunga miliknya dan kelihatan seperti menyiram sesuatu dipercayai racun perosak tanaman.
Lihat rakaman CCTV dibawah ini.
Video rakaman kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Cempakasari Klang itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Adakah anda juga pernah mempunyai pengalaman berjiran dengan manusia berhati busuk seperti ini? Jika ada, jom kongsikan pengalaman anda. - CARI
|