View: 5973|Reply: 41
|
[Pelbagai]
petua berpasangan
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 27-1-2017 04:34 PM
Petua Buat Semua Yang Akan Bergelar Suami Isteri
( 21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri )
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdo'a bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdo'a memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice info ... |
|
|
|
|
|
|
|
saya sekeluarga amalkan membaca al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul sebelum tidur
lepas baca semua ayat tersebut kami sekeluarga bersalaman kemudian baru tidur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan malu utk terus bercinta dgn pasangan walaupun telah bertahun2 kahwin, ia mungkin menghangatkan kembali perasaan pasanganmu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Insya'Allah..saya akan praktikkan bila dah kahwin nanti..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam berpasangan, kepercayaan pada pasangan masing2 sgtlah penting. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun Petua Buat Yang BAKAL bergelar isteri/suami kan? Utk prmpuan kene lebih memilih dan melihat bakal imam yg akn membawa kita ke jln yg diredhoi. Pernah baca apa yg dikongsi oleh Viviy Yusof utk prmpuan yg nak cr pasangan? Bole google dan hadam..mostly apa yg dia ckp ada point2 yg bole diguna pakai..tak guna bercinta lama2 makan taun tp xde jln penghujung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pd zaman skrg ni..rmai sgt prmpuan bijak pndai & keje pn bagus2..tp utk lelaki plk jarang2 ada yg bijak pndai melainkan dr latar blkg family yg ada2..so, kita yg prmpuan ni xyh la demand sgt nk hntaran puluh ribu, mjlis 3ari 2mlm bagai..baik bt yg wajib then lebihkan pd slps kawin nanti..kos sara idup skrg x sama ngan masa hakak ni dik..weols dh 17thn kawin pn still mbaca bab2 nk bahagiakan pasangan wlaupun dh berank pinak..jgn bg bakal laki kita trbeban lps kawin..sb tu rmai sgt lelaki yg stress slps kawin..ni smua punca2 rmhtangga x brtahan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bg perempuan yg bekerjaya, cuba berterus terang dgn bakal pasangan anda tentang skop kerja anda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jujurlah dgn pasangan anda supaya kasih sayang itu di bawa ke jannah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kurang kan ego. Bertolak ansur. Jgn menjawab terutamanya bila dua2 tgh panas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apapun..permulaan yang baik adalah kedua pasangan harus memberitahu status kewangan masing2 agar perkahwinan yang baru dibina mampu dirancang dengan baik. Ini penting bagi mengelakkan adanya pertelingkahan atau kejadian2 berat sebelah. Segala hutang ptptn, personal loan, kad kredit dan sebagainya harus dijelaskan bagi mengelak permasalahan dalam melayari bahtera rumahtangga. Sesungguhnya perkahwinan itu mudah dan terlalu indah jika kita sama2 bertolak ansur. Janganlah kita merumitkan ia dengan sekecil2 hal remeh yang akhirnya nanti akan merugikan diri sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm tak layak nk bg tips..
tp just nk share apa yg saya dan suami buat
kami ni dua2 anak sulung..so byk tanggungjwb atas bahu kami berdua..
selalu bertelagah n sampai bergado teruk pn ada sbb benda kecik tp mcm nak marah je..
kami dh kawen selama 7 thn n ada 2 anak
tips kami, selepas bertelagah kami tak simpan dalam hati..even masa gado mcm2 ayat memaki keluar (yg ni jgn diikut)
paling lama proses x bercakap pn dlm 2 jam
n kami tak penah tdo bilik asing
tu je petua kami, n kami plak tak penah berjauhan... cuma cara kami if masa keje kami elak dh cite pasal hal personal ke apa...n kami jarang call masa keje if ada benda penting je
so nk share tips lebih2 tu takde cuma sllu jujur n jangan menipu..kalau tak suka terus cakap n biar la sentiasa berkomunikasi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice info.... kena selalu give and take... mula 2 kawin memang akan selalu percanggahan pendapat...sebab masing2 baru mula belajar memngenali pasangan... akan ada salah sorang yg dominan, hormati pasangan anda.... apa2 pun doa selalu semoga kita sentiasa dibawah rahmat ilahi... jauh lagi perjalanan hidup kita.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yang paling penting dalam rumah tangga bagi saya ialah komunikasi.jagalah percakapan dan tingkahlaku semoga tidak menyakiti hati pasangan. sikit2 yang menyakitkankan pun lama2 boleh jadi barah..dan yang paling alllergic untuk isteri ialah perempuan.jangan sesekali suami berlaku curang..sekali dah curang, kalu dimaafkan isteri pun, suami takkan dapat lagi isteri die yg dulu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|