|
Satu lagi resipi viral yang semakin menjadi kegilaan ramai, seorang demi seorang ingin mencubanya.
Kerang air asam ala Thai, dengarkan sahaja sudah bikin terliur dan lapar terus! Rasanya pedas dan manis, ditambah pula dengan keenakan isi kerang rebus. Memang sangat terangkat!
Bezanya, anda tak perlu mencicah kerang dengan air asam itu. Resipi ini menggabungkan semua sekali. Lebih sebati dan sedap! Cubalah!
Foto: Fb Resepi Merah
Bahan-bahan:
1kg kerang
5 ulas bawang putih
6-7 biji cili api
1 1/2 keping kecil gula kabung
1 sudu kecil pes asam jawa (dicampur sedikit air)
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau nipis
1 biji tomato
Cara-caranya:
1. Rebus kerang. Buang sebelah cangkerangnya. Asingkan.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula melaka, tomato secara berperingkat dan separa lumat.
3. Masukkan air asam jawa. Sebatikan.
4. Perah air limau nipis. Kemudian masukkan sekali dengan kulitnya yang telah dihiris.
5. Masukkan garam. Gaul.
6. Biarkan sebati semua, kemudian curahkan ke atas kerang yang dah direbus tadi. Siap! - CARI
Kredit resipi: FB Mutiara Hitam, Resepi Merah |
|