Agensi
Chengdu, China: Seorang lelaki tergamak meninggalkan anak perempuannya yang berusia dua tahun di kawasan perkuburan dengan diikat pada pokok buluh sebagai membalas dendam terhadap bekas isterinya.
Media tempatan melaporkan, kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan ketakutan dan kesejukan di kawasan perkuburan di bandar Lifu di wilayah Sichuan, baru-baru ini.
Kanak-kanak itu ditemui seorang penduduk kampung yang terdengar suara budak menangis di kawasan perkuburan berkenaan.
Ketika ditemui, kanak-kanak itu menggigil dan mukanya juga bertukar menjadi biru akibat terlalu lama terdedah kepada cuaca sejuk.
Satu papan tanda juga diletakkan di belakang kanak-kanak itu yang memberitahu nama budak itu adalah Ding Ding dan dia adalah anak kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Wang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 5:29 AM